LEPAK BALIK HARI DI FRASER HILL

LEPAK BALIK HARI DI FRASER HILL. Cuti Maulidur Rasul baru baru ni kami sebenarnya tak ada plan pun nak kemana mana. Tiba tiba saja suami call tanya nak keluar tak. Kita ni orang rumah kan.. Jadi jangan di tanya soalan macam tu kat golongan surirumah ni.. Jarang jawapannya tidak. 7 hari seminggu mengadap dinding of course la bila ada peluang kita nak tengok juga dunia luar. Risau lama tak keluar, bumi dah tak ada manusia tinggal Alien je macam filem A.I. Artificial Intelligence tu. Mau gelabah bewak pulak cari manusia dah tak ada. 

Masa keluar tu tak tanya pun nak pergi mana. Siap semua keluar je la. Kemana tak penting janji keluar tetiba jalan menuju ke fraser hill je. Cuti umum ni kalau nak pergi genting, cameron atau bukit tinggi memang serabut dengan manusia. Dari nak healing jadi hilang mood pulak nanti. Nak menyangkut dalam jam lagi kan. Kita cuma nak pergi sekejab je je bukan nak bermalam pun.  Kalau hangpa tinggal kat kl/selangor ni antara tempat sejuk boleh pergi balik hari Genting highland, bukit tinggi & fraser hill. Setakat nak lepak lepak ambil angin ala ala luar negara (kalau sejuk la) boleh la. 3 tempat tu selalunya saya pergi lepak lepak je. Pergi balik hari. Tak bermalam. 

Kalau plan untuk bercuti kami lebih suka tempat tempat yang ada laut atau pulau. Tempat tempat shopping tak minat. Kami kalau holiday atau jalan jalan biasanya tak shopping. Sikit sikit tu ada la sebab kami banyak shopping online. Kau nak bayar mahal pada barang yang kau boleh dapat lebih murah di online, dah kenapa bedah?!! Begitulah konsepnya kan.. 

Sebab pakai shawl ni tak flowy terus aku beli shawl baru kat tiktok. Harga RM5 tapi lembut flowy & jahitan kemas. Hahaha

Maka pergi la kami anak beranak lepak & makan makan kat Fraser hill pada hari tersebut. Fraser hill ni bukan tempat tumpuan orang ramai sangat. Kalau adapun geng geng rider je la. Sebab fraser hill ni tempat dia macam tak upgrade & tak banyak tempat boleh di lawati tapi masih tenang, cantik & menarik untuk lepak. Sesuai sangat nak healing & lari dari kesesakan manusia. 

Anak lelaki sorang ni tak suka ambil gambar tapi hobi dia photoboom bila nak bergambar

Masa saya pergi haritu pun walau cuti umum tak ramai. Cuaca masih sejuk. Cuma kami datang sekejab jadi tak pergi mana mana sangat. Masa sampai nak lepak kat kawasan menara jam tu anak anak dah lapar. Sampai lupa nak ambil gambar signature fraser hill tu. Tapi tak ada apa nak kesal sangat bukan pertama kali pun datang. Bawa anak pergi makan kat situ ada playground depa nak main. So habiskan mass bagi budak budak main je la. Selesa sikit la budak budak main sebab tak panas. 



Jumpa Anjing baik ni ikut tuan dia ride. Elok je diam atas motor sementara tuan dia makan dalam restoran. Menyalak pun tidak 

Pukul 6 kita dah bertolak balik sebab tak boleh balik malam. Jalan S kawasan hutan agak bahaya nak memandu malam malam. Anak anak pun enjoy.. Mak bapak sekadar lepak lepak je. At least cuti tak di habiskan dengan tengok dinding kan.. Ok la tu. Kita boleh refresh balik bila pergi tempat tempat macam ni. Kalau tak sesak dengan manusia la. Kalau ramai jadi serabut juga. Apapun fraser hill tempat makan pun masih murah. Harga biasa macam kat bawah juga tak harga atas gunung sangat macam genting highland tu. 


Comments