03 May 2010 68 Komen Melekat

Ayah...

entah macam mana nak aku mulakan.. Apapun Al Fatihah Buat Arwah Azizan Bin Hussin, seorang lelaki yang ku panggil ayah.

21 april 2010, 8.28am. Ayah call suruh balik untuk settlekan borang nikah. Ada beberapa part yang boleh di sain & aku perlu menghadiri temuduga sebelum bernikah pada 06.06.2010. Ayah sempat pesan suruh aku buat kad jemputan. Beriya dia nak aku buat sendiri walau aku cakap aku nak tempah jer. Dia suruh aku balik dengan bakal suami masa tu. Dia suruh balik juga dua - dua..

24 april 2010, 11.01 am, Ayah call lagi tanya samada balik atau tak walau masa tu aku dah dalam perjalanan balik ke kampung. Banyak kali dia call bakal suami, tanya balik or tak. Aku anggap biasa jer sebab aku fikir dia cuma risau borang nikah tu tak settle.

lebih kurang 5.30 pm aku sampai kampung. Ayah masih tak balik kerja masa aku sampai. Ayah balik kerja dah dekat maghrib. Balik je umah dia sibuk tanya borang nikah tu. Masa tu ada kat abang sepupu aku sebab abang sepupu aku yang tolong isikan. Tapi abang sepupu aku time tu busy nak pergi mengajar kuliah agama. Dia tak sempat settle kan minta ayah aku buat sendiri. Masa balik dari masjid lepas solat Maghrib Ayah mengadu penat & semput. Tapi dia ada janji nak keluar makan dengan aku, bakal suami & mak lepas isya nanti. Ayah tengok borang. Dia bawak pergi ambil cop dari pegawai masjid. Lepas tu dia pergi masjid untuk solat isya. Dia tetap melaungkan azan seperti biasa walau nafasnya mula sangkut - sangkut. Lepas solat isya, ayah balik rumah isikan semua yang belum di isi pada borang nikah. Dia panggil aku dengan bakal suami untuk sain pada borang. Lepas tu dia panggil mak tanya tentang mas kawin. Mak mula memang nak letak mas kawin tinggi tapi ayah still nak letakkan mengikut syarat & hukum jer.. Mak tak membantah. Mas kawin aku cuma RM 82. Aku memang dari awal tak membantah apa saja yang mak ayah putuskan. Aku bagi mak ayah buat keputusan semua sebab inilah kali pertama mak ayah nak terima menantu walaupun aku bukan anak sulung tapi aku anak yang pertama bakal mendirikan rumahtangga. Cukup la sekadar melihat cahaya girang di raut wajah insan2 yang paling berjasa dalam hidup aku.

Selesai semua borang, ayah mengadu penat & semput lagi tapi tak serius tapi dia izinkan kami keluar pergi makan. Dia sempat cadangkan tempat2 makan. Aku mak & bakal suami masa tu keluar tapi tak jauh. Masa tengah makan ayah call mak cakap lepas makan suruh balik sebab dia sakit. Lepas habis makan kami bertiga balik. Sampai rumah kakak no 2 & makcik ada kat umah. Ayah sesak nafas minta hantar ke hospital. Memang agak pelik. Selama ni ayah paling tak suka ke hospital walau dia sakit. Paksa macam mana pun ayah takkan pergi. Memandangkan takde sesapa masa tu, Bakal suami drive bawak ayah pergi hospital. Mak dengan makcik temankan. Mula2 aku nak ikut tapi memandangkan ayah tengah sesak nafas, nak bagi ruang dalam kereta tu aku tak jadi ikut.

Lebih kurang pukul 11 malam, bakal suami aku masa tu call cakap suruh minta tolong sapa2 hantarkan aku dengan kakak no 2 ke hospital. dia tak cakap apa2 cuma dia minta aku dengan kakak no 2 pergi hospital. Aku mula tak sedap hati tapi aku taknak fikir buruk. Aku cari orang nak minta tolong tapi takde sesapa. Last bakal suami patah balik dari hospital datang ambil. Kebetulan abang sepupu balik masa tu. Kakak no 2 ikut abang pergi hospital dulu sementara aku tunggu bakal suami datang ambil aku.

Dalam perjalanan bakal suami tak cakap apa2. Dia cuma cakap dia sayang aku & ada dengan aku walau apapun terjadi. Hati aku semakin cuak. Berkali aku tanya keadaan ayah.. tapi dia tak jelaskan apa yang berlaku sehingga sampai di hospital.

Hampir mati segalanya kekuatan dalam diri bila mendapat tahu Ayah telah pergi buat selamanya... Baru tadi aku tengok ayah. Baru sekejab tadi ayah selesaikan borang nikah untuk aku. Sekelip mata Ayah pergi.. Aku tengok mak begitu tabah. Dia tak menangis. Aku tahu mak kuat. Aku cuba kuatkan semangat. Namun aku kalah juga masa tu sebab pemergian Ayah tanpa sebarang tanda. Terlalu mengejut.

Biarpun ayah pergi namun urusannya selesai. Dia selesaikan kerja, Selesaikan solat lima waktu hingga ke laungan azan terakhir. Ayah seorang Bilal sukarela di masjid. Aku bersyukur segala urusan pengebumian Ayah sempurna & tiada apa yang buruk berlaku.

Wasiat terakhir Ayah pada abang, minta abang urusankan semua hal nikah aku. Selepas 3 hari Arwah ayah pergi, Aku pergi untuk sesi temuduga & abang dah minta untuk cepatkan urusan pernikahan. Selepas Ayah pergi aku takde wali yang dekat lagi. Cuma ada wali yang jauh.. 27hb aku interview & 28hb selepas zuhur lebih kurang 3.43 pm aku sah menjadi isteri kepada S***** Bin A*** K****. Insan yang menyaksikan Arwah ayah menghembuskan nafas terakhir. Insan baru yang paling di sayangi mak ayah. Dan dialah menantu pertama dalam keluarga ini.

Kawan2 ayah ada bercerita Ayah dah bagitau semua kawan2 & ayah juga dah menandakan di papan putih masjid tentang perkahwinan aku pada 06.06.2010. Ayah bercerita pada kawan2 nya dia kini sudah ada seorang anak lelaki, menantu yang sangat dia sayang lebih dari anak sendiri. Aku faham.. Ayah memiliki 6 orang anak gadis. Betapa gembiranya dia untuk menerima menantu sekaligus menjadi anak lelaki pertama dalam keluraga kami. Mak pun terlalu rapat dengan suami aku. Selepas Ayah pergi, suami aku la yang menjadi tempat mak menumpang kasih. Aku dapat lihat keakraban mereka masa di kampung minggu lepas. Malah sampai hari ini pun diorang setiap hari akan berbual, bercerita, bergurau di telefon. Betapa bertuahnya aku memiliki seorang suami yang sangat memahami situasi mak sekarang. Sekurang kurangnya kesedihan mak terubat dengan usik manja suami ku yang memang sangat manja dengan mak.

Biarpun semua yang berlaku dalam hidup aku tanpa aku duga. Pemergian Ayah, pernikahan aku.. Namun aku redha dan bersyukur kerana segala urusan menjadi mudah. Biarpun aku masih tidak mampu tersenyum seperti pengantin baru yang lain tapi aku bersyukur sangat2. Aku redha Tuhan lebih sayangkan Ayah. Ayah.. Takkan mati dalam ingatan ku biarpun jasadnya tiada lagi untuk ku tatap. Ayah, terima kasih kerana menjadi seorang Ayah pada kami 6 beradik. Gonna Miss U Ayah.. May God Bless U. Love U 4 ever In my life.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;