Oleh kerana aku tak tau nak buat apa kat opis ni maka dengan semangat waja, aku update la entry. Arini kurang sihat sikit. Demam sejak semalam. Perit tekak rasanya.. Tapi Alhamdulillah, boleh bertahan lagi.
Bukan tu yang nak aku cerita ceriti kan tengahari ni.. Cuma tetiba aku terfikir kalau dulu bujang cerita ceriti berkisarkan orang2 di sekeliling aku. Sekarang apa ekk aku nak cerita??? Aku tengok blog2 para2 isteri banyak berkisahkan tentang kehidupan berumah tangga, macam cerita sal suami, sal anak, sal masak.. & banyak lagi yang la yang berkaitan dengan hal2 orang dah kawin ni.
Tapi aku?? Aku tak tahu apa yang aku nak ceritakan pasal kehidupan baru aku ni.. Nak cerita pasal anak.. mana la aku ada anak lagi. Nak cerita pasal hubby.. hurmm apa ekk aku nak kongsikan pasal dia?? Nak cerita sal masak.. Jarang nak masak sebab kerja pun dah malam baru balik.
Sesungguhnya aku masih belum biasa dengan status baru ini. Macam magic.. tiba2 aku dah jadi bini orang, kan??? Itulah keajaiban.. Apapun aku bahagia bersama seorang lelaki bernama Shahrul Bin Abdul Karim. Perkenalan yang tak sampai setahun.. Membawa kami ke gerbang perkahwinan. Sesungguhnya kita merancang, Tuhan menentukan.
Aku harap jodoh ini berpanjangan hingga ke akhir hayat... Alangkah bahagia jika Arwah Ayah sempat menyaksikan semua ni.. Alangkah gembira Arwah Ayah dapat merasa menimang menantu pertama, kan?? Tapi Tuhan lebh sayangkan Ayah.. Dia pergi sebelum sempat mewalikan aku. Sukar untuk aku terima semua ni tapi aku redha. Hajat & wasiat Ayah dah aku sempurnakan..
Apapun ku harap Ayah di tempatkan di golongan orang2 yang beriman.. Al _Fatihah Untuk Ayah. Gonna Miss U & Loving U forever In My Life.