02 March 2011 16 Komen Melekat

DALAM BERBLOG TAKDE ISTILAH KAWAN ATAU LAWAN

Rancak tengok blogger bergaduh... Sana sini cuba menegakkan pendapat masing - masing. Lekit ni jenis bz body jugak.. kalau ada isu kontroversi je cepat - cepat nak ambil tahu. Nak tau juga apa kes?? Taknak rasa ketinggalan. Tapi Dalam pergaduhan blogger ni terus terang Lekit takde angkat sepanduk untuk mana - mana pihak samada menentang atau menyokong cuma mencari positif & negatif terhadap sesuatu isu tu.

Sebab tu dalam berblog Lekit taknak gariskan siapa kawan siapa lawan. Apa yang baik Lekit jadikan contoh yang buruk kalau berkemampuan menegur sama - sama kita tegur untuk kebaikan & keuntungan bersama. Bukan la menegur atau mengkritik itu bermakna benci & dengki. Tapi sekadar memberi pandangan & pendapat untuk kebaikan bersama. Nak terima or tak terpulang. Takde paksaan.

Dan menyokong itu tidak juga bermakna membodek atau mengampu. Bergantung apa yang di lakukan. Kalau memang ia mendatangkan kebaikan & keuntungan tak salah kita menyokong untuk sama - sama menikmati kebaikan & keuntungan tu. Dalam pada masa yang sama.. Kita manusia ni mana ada yang sempurna. Mungkin hari ni kita melakukan sesuatu yang baik, tak mustahil esok kita tergelincir sedikit. Pada masa itu lah kita perlu ke prihatinan orang lain untuk menegur agar kita tahu dimana silap & salah untuk memperbaiki kelemahan.

Dan bagaimana pula kalau seseorang itu melakukan 2 perkara dalam satu masa yang sama?? Disamping dia melakukan benda yang mengundang keburukkan, dia juga buat sesuatu yang membawa kebaikan?? Pada aku.. tegur yang buruk, terima yang baik. Pada aku apa yang baik tetap akan baik, yang salah tetap akan salah.

Nak senduk kata - kata dari status FB Nyah Zulfikar.. " kita mungkin berbeza pendapat tapi tak semestinya kita perlu bertegang urat." Betul.. Setiap orang punya pendapat sendiri, tak kisah la pandangan kita berbeza. Dengan bertukar - tukar pandangan secara positif akan lebih membawa keuntungan dari masing - masing berdebat secara tidak sihat & mengundang perang lidah yang takde kesudahan yang baik.


Sebab tu Sang Lekit menggunakan konsep tiada istilah kawan atau lawan dalam berblog. Apa yang baik.. tetap lekit sokong, yang buruk tetap Lekit bantah. Aku pun bukan baik.. Tapi cuba jadi yang terbaik walau belum lagi layak bergelar yang terbaik tapi sama - sama memperbaiki dari masa ke semasa.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;