Sang Lekit suka jugak makan roti inti ikan bilis ni. Selalunya jarang nak tengok inti dalam dah.. buka jer plastik terus la kunyah tanpa was - was. Tapi bila baca satu laporan akhbar tadi, rasa mual & nak muntah pula.
Hasil carian google. Sekadar hiasan
Seorang pengawal keselematan yang baru habiskan sebungkus roti berinti ikan bilis tergerak hati nak buka lagi sebungkus roti yang sama untuk lihat intinya. Penemuan yang mengejutkan sebaik sahaja dia lihat dalam inti roti tersebut ada ulat yang sedang bergerak - gerak sedangkan plastik bungkusan roti tu masih elok & tarikh luput pun masih panjang. Dia yang tak puas hati minta kawan dia pula tengok untuk mengesahkan bahawa mahkluk halus yang bergerak - gerak tu adalah ulat. Ternyata dia memang tak silap pandang.
produk roti tersebut yang dikilangkan di sebuah negeri di utara.dia yang nyata berasa kecewa bagaimanapun tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan tetapi berharap pihak berkuasa dapat terus memastikan kejadian seumpama berkenaan tidak berlaku lagi.
Aduhai.. roti yang sebelum tu yang dengan enaknya di jamah agaknya bebas ulat tak?? Seram tekak sang lekit nak jamah roti inti ikan bilis ni lagi. Harus la lepas ni sebelum makan apa2 benda pun yang berinti di beli dari luar di periksa dulu. Tak Rela Mak Nyah makan roti ulat macam tu.
Rujukan :
Sinar Harian