Sekarang ni tengah musim meraih VOTE untuk DIGI WWWOW Awards.. Macam2 kategori ada. Dan ramai jugak blogger yang calonkan diri & blog dorang. Jadi bila dah tercalon tu maka bermula la kempen besar besaran kat FB. Salah ke?? Tak lah.. takde salah pun. Ok jer. Habis tu apa isunya sang lekit Ooi??
Isunya takde la besar cuma sang lekit terfikir macam tajuk entri ni PERLUKAN ORANG TAK HEBAT UNTUK JADI HEBAT. Masa ni la kita baru nampak betapa bergunanya kita blogger picisan dalam menentukan kemenangan pada blogger2 popular. Undikan kita bagai EMAS bagi mereka tau. Walau kita mungkin tak hebat dalam berblogging (tak hebat tak semestinya tulisan kita tak bagus.. Tak hebat mungkin penulisan kita belum di kenali ramai) tapi bila time time macam ni kitalah menjadi orang harapan pada mereka2 yang mencalonkan diri. Dan ketahuilah wahai blogger2 picisan semua... Kerana diri kita juga berharga maka mereka perlukan kita untuk jadi lebih hebat. Betul tak???
Moralnya.. Setiap orang di jadikan ada lebih & kurang.. Kita semua memerlukan antara satu sama lain. Kalau ada Raja Takde rakyat pun.. Beliau nak beraja pada siapa, kan?? Sebenarnya kita semua hebat.. Jadi jangan rasa terlalu rendah diri walau diri tu rendah macam sang lekit ni sebab kita juga ada keistimewaan macam orang lain. Tak salah kita menyokong antara satu sama lain selagi ia berada di landasan yang betul.. sokong pun tak semestinya kita akan setuju sentiasa kan.. Apa yang kita rasa kita patut sokong kita sokong, yang layak kita undi/pilih kita undi/pilih.