Jadi kita ke topik yang sepatutnya. Semalam pihak NPRA (KKM) telah mengeluarkan kenyataan akhbar 4 produk tempatan (local skincare) yang di kesan mengandungi bahan terlarang yang tidak di benarkan dalam produk kosmetik & merbahaya pada kesihatan pengguna.
Biasanya produk produk skincare yang kantoi kat lab KKM ni ada merkuri, hydroquinone & tretinion kan.. Tapi semalam macam nampak benda baru di campurpalsu dalam produk kosmetik jenama tempatan tu. Iatu triamcinolone acetonide, betamethasone valerate chloramphenicol, sulfamethoxazole, trimethoprim, dan ketoconazole.
Tu dia padia pulak menatang tu wei.. Nak sebut pun tak reti. tergeliat lidah. Menatang apa depa bubuh dalam produk tu? habaq mai sat..
triamcinolone acetonide & betamethasone biasanya terdapat dalam produk anti kulat/fungus. Ia adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Wah sekarang produk skincare dah di campur dengan bahan anti kulat yer.. Tapi kalau produk anti kulat boleh di gunakan pada kulit kenapa tak boleh letak dalam produk kosmetik? Apa salahnya?? Guna pada kulit jugak kan?
Hello.. Ubat anti kulat ni bukan semua orang boleh guna. Ia perlu pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti masalah kulit sebelum di beri ubat anti kulat/fungus ni. Bukan kau main tempek untuk buat daily skincare ok! Nama pun ubat bukan skincare. Sila hadam!
![]() |
Sumber : Kenyataan Akhbar KPK 30 September 2019 – Produk-Produk Kosmetik yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual |
Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan dan secara tidak terkawal boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:
Triamcinolone acetonide dan betamethasone valerate
Hydroquinone
Antibiotik (chloramphenicol, sulfamethoxazole, trimethoprim) dan antifungal (ketoconazole)
Merkuri
Jangan satgi ada penjaja produk kata.. Bahan tersebut ada dalam ubat hospital bla.. bla.. boleh guna bla.. bla.. Memang ada dalam ubat tapi hanya boleh di berikan oleh profesional kesihatan seperti doktor sahaja. boleh boleh hang main jual bagi orang pakai kat kulit sebagai daily skincare yer. Produk ubat tak sama dengan produk kosmetik. Kosmetik adalah produk yang di gunakan di luar kulit bagi tujuan penjagaan diri/kulit, wangian, kebersihan bukan produk yang ada claim merawat macam ubat.