HALAU HANTU

12/06/2010 08:06:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Ini cerita dari dapur.. Bukan nak memasak yer.. Tapi kisah mengahalau hantu. HANTU??? Umah lekit ada hantu?? Hantu apa??? Kena panggil uncleseekers & the gang buat siasatan ni.. Alkisahnya bermula macam ni

Petang tadi.. Sibuk la cik puan lekit bz skit kat dapur walhal masak megi tomyam jer.. Bz mengalahkan nak masak gulai kawah untuk 100 orang makan kan?? Yang jadi bz sebab ada si bz body kat dapur yang cinonet tu. tetiba kan.. My Suami capai lada hitam dalam botol sambil cakap.. "Lada hitam ni bagus tau!" Aku pun tanya jer.. "Bagus napa lak??" Dia jawab sambil percik - percik lada hitam kat tepi tembok ampai... Pelik jer aku tengok. Pehal lak mamat ni?? Dan jawapanya adalah...

"Halau hantu!"

Tahan gelak jab.. kalau pun bomoh nak halau hantu dia takde la guna serbu lada hitam yang macam ni..
^
^
^
^
^
^
Aji-Shio Black Peper untuk halau hantu

Macam - macam la laki aku ni kalau nak buat lawak spontan. Lagipun sejak bila lak umah aku berhantu bagai ni?? Yang slalu jadi hantu dalam umah ni dia sorang jer.. Selalu main sorok - sorok dalam umah. Jenuh jugak la aku nak mencari. Tempat nak munasabah jer dia menyorok. Aduhai.. suami ku.

8 comments:

  1. ngaa~ lada hitam memg leh halau hantu, cz setan sakit if kene lada hitam nie.. tp lau serbuk lada cm kt atas 2 mamat x taw lak :D...

    p/s: mamat2.. buruk baik mesti nama aku yang naik ..

    ReplyDelete
  2. Mamat.. popular apa nama kamu

    hari2 tebiat dia ni cik ila

    ReplyDelete
  3. haha..kalau betul la serbuk tu boleh halau hantu, aku pun nak beli banyak2..ermm, macam mana pulak nak tau yg kat rumah kita tu ada hantu ke tak??

    ReplyDelete
  4. hubby awk tu saje nak wat lawak la tu cik puan lekit oii... :)

    ReplyDelete
  5. Nancy.. wah itu kena panggil seekers la

    penjejak mimpi.. itu sekadar lawak harian suami isteri jer

    ReplyDelete
  6. baik letak dalam ayam masak kicap ke.. daging masak black peper ke... hantu..? jgn diseru-seru.... hhhiiiihhiiii

    ReplyDelete
  7. wah.. tu bukan nak halau macam nak seru je nyah Ooi

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com