CITA - CITA BUDAK DARJAH DUA

1/06/2011 10:00:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Entah napa malam ni tetiba je teringat kisah nun zaman sekolah rendah dulu. Aku kanak - kanak yang kuat berangan & memiliki impian nak jadi artis. Sejak kecik cita - cita aku memang tak tergelincir dari minat dalam bidang seni. Tak tau napa.. Tapi maybe pengaruh tv juga lak. Teringat aku kenangan masa darjah dua..

Cikgu suruh buat karangan pasal cita - cita. Then aku pun karang la.. Esok pergi sekolah tengok karangan kawan - kawan semua cita - cita yang standard la.. Pompuan jadi cikgu... Lelaki jadi askar polis.. & lain - lain cita2 macam doktor.. Semua bidang2 yang pro2 belaka tapi hanya aku sorang je yang kuat berangan tulis cita2 aku nak jadi  Penyanyi. Wah.. lain dari yang lain la masa tu. Aku memang takde terfikir cita - cita lain masa tu sebab aku memang minat sangat nak jadi penyanyi. Sampai la buku tu kat tangan cikgu.. Nama cikgu tu cikgu Mashitah. Erkk... bukan siti mashitah yang tetiba muncul dalam keywords aku tu tau!

Cikgu Mashitah ni warak skit.. Bila dia baca karangan aku then dia panggil aku pegi kat meja guru dalam kelas. Dia slow talk dengan aku.. Dia cakap esok besar jangan jadi penyanyi.. Tak baik & tak elok. Aku diam je tak kata apapun. Bila aku ingat balik memang nak tergelak juga. Kekekekekeke Bukan apa dalam banyak2 cita2 aku pilih jadi penyanyi walau aku sebenarnya tak terdedah pun dengan sebarang aktiviti nyanyian di rumah mahupun di sekolah. Bila besar sikit aku mula berangan nak jadi pelakon. Semua bidang artis tu. Dah remaja sikit aku menunjukkan minat dalam bidang penulisan & mula berangan nak jadi penulis novel. Ada juga dari tempias minat tu aku nak jadi wartawan. Pernah apply satu kolej dalam bidang kewartawanan. Dah dapat tak pergi pun. Sebab kurang support. Mak je sokong.

Sekarang aku dah takde cita - cita lain selain nak improve dalam apa juga yang aku suka & minat. Kalau nak jadi penyanyi pun tahap vokal ala2 kerbau mengaum gitu. Nak jadi pelakon confirm dapat tentangan. Jadi penulis blog jer sambil berhajat nak aktif mengarang cerpen semula. Dah lama aku tinggalkan dunia penulisan cerpen tu. Rasa idea pun dah berkarat asyik tulis blog jer.

Apapun mungkin jiwa aku ni lebih tercenderung dalam bidang seni sebab apa yang aku nampak sekarang dari kecik hingga la bangka walau tetap kecik minat aku tak pernah tersasar dari seni even seni penulisan pun. Cuma 2 seni je yang takde dalam diri aku.. Seni lukis & seni pertahankan diri. Subject lukisan jarang nak dapat A dulu. kekekekekekeke.

P/S : Masa kecik penyanyi pujaan aku Raja Ema & Azlina Aziz. Kalau main dengan adik confirm nama aku raja ema & adik aku kena guna nama Azlina Aziz. Tapi bila main anak patung dengan kawan - kawan nama anak patung aku takde lak nama artis. Fathonah lak jadinya. Dulu2 kawan2 aku gelak guna nama tu tapi aku rasa macam sedap jer sebut.

Idola aku satu masa dulu

3 comments:

  1. haha..kak lekit, syes lu klaka...saye dulu nak jadi penyanyi gak..penyanyi mcm ning baizura..tp, sampai skolah rendah, ade sorang ustaz ni ckp, dye tak halalkan ilmu yg dye bagi kalau mane2 anak murid nya yang jadi artis..tapi alhamdulillah, skrg sye takde kne mengene ngan dunia senio..sikit pun takde..terikat ngn sns lak..hehehe

    ReplyDelete
  2. suker ibu ngan nama anak patung lekat lekit 2.. Hihihihi

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com