KENA BELASAH DENGAN SUAMI SEBAB MENGIDAM

3/31/2011 11:44:00 AM suria lekatlekit 20 Comments

Mengidam satu perkara biasa bagi wanita hamil.. Yang luar biasa cuma mungkin apa yang di idamkannya. Tapi dalam kes ni wanita hamil ni takde la mengidam yang pelik - pelik sangat cuma mungkin sebab tak kena masa kot dia minta apa yang di idamkan membuatkan dia di belasah suaminya sendiri. Alkisahnya..

Seorang wanita hamil yang mengidam buah munggai/kelur serta lempuk durian minta Sang Suami mencarinya. Sang Suami yang baru balik kerja & tak sempat nak berehat naik berang dan terjadi pertengkaran selama 20 minit sebelum Sang Suami menendang & memukul isterinya yang mengidam tu. Memang agak melampau sebab isteri tengah mengandung, sepatutnya dia faham & beralah sikit.

Sebab mengidam buah ni la Sang Isteri di belasah suami

Dalam kes ni Sang Suami memang la terang - terangan salah kerana memukul Si isteri yang mengandung 4 bulan kerana mengidam. Tapi Si Isteri juga ada silapnya kat situ. Sang Lekit tengah mengandung 4 bulan sekarang ni tapi alhamdulillah setakat ni takde la mengidam apa - apa sangat selain makanan biasa jer tapi Sang Lekit kalau nak minta apa - apa kat en hubby kiranya pesan sebelum dia balik kerja. Bila dia nak balik kerja tu boleh la dia beli kalau benda tu ada. Kalau takde pun.. Sang Lekit ni jenis tak layan sangat mengidam ni sebab mengidam kadang - kadang boleh di kawal (Alhamdulillah baby dalam perut ni pun tak banyak sangat permintaannya). Dalam kes ni... kalau si isteri sabar sikit, bagi masa Sang Suami tu rehat sekejab sebelum membuat permintaan kemungkinan tak berlaku perkara sedemikian. Apapun Salah dari kedua - dua mereka adalah kurang sabar maka berlaku perkara yang tak di ingini.

Apapun Si Isteri tidak mengalami kecederaan serius & kandungannya tidak terjejas. Hanya mendapat rawatan pesakit luar sahaja dan telah pun membuat laporan polis atas tindakkan keterlaluan suaminya tu.

Rujukan : Harian Metro


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

20 comments:

  1. Isk2..macam2 orang skang..patutnya isteri dibelai dan di sayang..bukan di pukul

    ReplyDelete
  2. sob2, kesian nye perempuan tu,
    x ptotlah laki tu buat isteri dia macam tu,

    ReplyDelete
  3. mst kecil hati dan tawar hati isteri tu dgn sikap suami...

    mungkin si suami tu ada tekanan kt tempat kerja agaknya....jadi lepas kerja kat isteri

    ReplyDelete
  4. Aduh..ini lah yg terjadi kalau tak boleh bersabar...stuju dgn lekit gurl, kedua-dua pihak ada salahnya masing2 dlm hal ni..huhu..syukurlah si isteri selamat.

    ReplyDelete
  5. ini baru akak kenal buahnya...member ckp senang saja nak cari...bukannya susah..kat kedai india bnyk jual...

    issh... kesian....

    ReplyDelete
  6. kalau bro la kan..

    if dah balik kerje.. memang confirm xkan keluar balik.. lagi2 la kalau dah lewat nie kan

    if si isteri xleh nk lelap sebab mengidam.. bro sanggup je teman dia sampai g koje esok..

    asalkan x memekak or merunsingkan...

    ReplyDelete
  7. orang mengandung memang macam tu hormon tak stabil so suami pun kena le faham. 9 bulan tu adalah satu fasa yang tidak selesa buat isteri, bayangkanlah dok bawak orang dalam perut...heheheee...

    ReplyDelete
  8. alarh ciannye wife dia... awat laki ni baran sangt... huhuhu.. takut nak kawen...

    ReplyDelete
  9. kesian ... tapi buah munggai tu buat gulai sedap.!! perghh !!

    ReplyDelete
  10. btul3..kedua-dua ade salah..
    tapi sang suami kena la b'sabar jgn la smpai belasah isteri..
    anak tu zuriat sape kalau bukan sang suami..:)

    ReplyDelete
  11. adoyai..mmg berbeza time becinta dengan pas kawen...marah pukul terus

    ReplyDelete
  12. mengidam pun kena pukul? menggong si suami tu. apa ingt sesuka hati ke isteri nak mengidam?

    ReplyDelete
  13. org mengidam nie memang macam2 peel sikit...susah nak kawal nafsu ngidam tue

    ReplyDelete
  14. perghhh.. time ngidam la palin best.. disebabkan selalu lapa.. mintak je nak makan ape.. atas alasan ngidam..
    hahahaahaha....

    Statement perempuan yang bikin panas!!
    <a href="http://annikabubble.blogspot.com/2011/03/deco-deco-beng-beng-boong.html>deco beng beng boong blog aku!!</a>

    ReplyDelete
  15. suami patutnya lbh bnyk bsabar dlm apa jua situasi..

    ReplyDelete
  16. Buah Ramunggai.. atau pun murunggakei... sedap dimasak kari.. ammaakk nalarekeee....


    betul betul.. sebab dua2 takda sifat sabar... kaki naik kepala....

    ReplyDelete
  17. adess!!
    kejamnyaaa!!
    nasib hubby xmacam ni..
    nak makan apa2 dicarikan juga..
    heehhee..
    takott r suami cenggini!!

    salam singgah dr mummy weiyda!!
    nice entry!!
    keep it up blogging ya!!

    new entry:
    http://mummylovepink-lovely.blogspot.com/2011/03/cinta-ayat-ayat-cinta.html

    ReplyDelete
  18. sabar je la.. bini tu ngidam sebab ko si suami tu gak punya kerja.. bertimbang rasa la skit.huh!

    ReplyDelete
  19. Nice blog. post title memang gempaq. i like lekat lekit :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com