APRIL.. HATI KU MULA TERSENTUH

4/03/2011 09:29:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

April.. semalam kita semua di kejutkan dengan pemergian seorang penulis Lirik yang menggunakan nama Seri Bayu. Apa yang Sang Lekit pernah terbaca & lihat kat tv dah lama Arwah Seri Bayu ni sakit. Paling menyedihkan bila terbaca di blog mak dara urusan pengebumian Arwah di lakukan oleh keluarga angkat. Sang Lekit tak berapa ikuti sangat kisah Seri bayu sejak awal.. namun hati tertanya - tanya dimana keluarga kandung arwah? Sungguh tersentuh hati ni bila mengenangkan nasib Seri bayu. Moga Arwah Seri bayu di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman.

Hati semakin tersentuh lagi bila terkenang dalam bulan April juga la Arwah Ayah Sang Lekit pergi menyahut panggilan ilahi. 24 April 2011 maka genaplah setahun pemergian Ayah. Dan April juga antara tawa & tangisan kerana 28 April 2011 juga genaplah usia perkahwinan Nursuria Binti Azizan & Shahrul Abdul Karim (Saya & hubby) setahun. 4 Hari selepas Arwah Ayah pergi Sang Lekit di ijabkabul. (Boleh rujuk entri kisah di sebalik perkahwinan Sang Lekit DISINI) Ayah tak sempat menimang menantu ataupun cucu sendiri. Kalau Ayah masih ada mesti dia paling gembira kalau tahu saya pregnant. Tapi apa kan daya dah tertulis perjanjian antaranya & Allah begitu.

Ini bukan kisah April Fool.. Ini Kisah yang paling menyedihkan dalam hidup aku. Tak pernah terfikir malah terdetik di hati akan begini perjalanannya namun aku redha.. Mencari hikmah penawar duka. Biarpun hampir setahun arwah ayah pergi namun sehingga kini aku masih rasa macam baru semalam ianya terjadi. Moga Ayah tenang di sana. Moga Ayah bahagia bersama Yang Esa.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

13 comments:

  1. Mula2 memang rasa spt dunia tetiba kosong... aku dah lama cuba lupakan kekosongan dan kebosanan tu selepas 13 thn... tapi syukur awak ada seseorg utk berkongsi hari2 seterusnya selepas itu :)

    life goes on...

    ReplyDelete
  2. sedihnyee bile 4 hari lepas arwah meninggal,di ijabkabulkan...='(...sabar yeee...

    ReplyDelete
  3. takpelah..yg penting doa seorang anak utk ayah yg telah pergi..

    ReplyDelete
  4. betul ape yg awk cakap tu...
    bukan sy x nk bg pndapat..
    tapi blum mase lagi...
    bile sy dh diknali...
    insyaALLAH sy akn bg..:)

    ReplyDelete
  5. yg pergi tiada kmbali..
    yg masih ada perlu d lindungi dan d kasihi..
    nnti dh jadi ibu, anak2 lah pngganti kesedihan hari ini..

    ReplyDelete
  6. sedih.. sampai rasa mata panas dan meremang bulu roma.. sedih betul...

    ReplyDelete
  7. Banyakkan bersabar. Banyakkan berdoa kepadaNya.

    ReplyDelete
  8. haha .. kak takel !! miss you la .. haha .. ingat mamat ag x ? lame mamat x bloging .. akak ceat ?? btw akak add la fb mamat ek ?? muhamadnor_93@yahoo.com ..

    ReplyDelete
  9. akk jgn seday2 k.Allah lebih syg2 kan ayah akk n arwah bayu juga.lagi lama mereka disini mereka lagi sengsara.biarlah mereka aman disana.kite berdoa je dr sini. amin~

    ReplyDelete
  10. sabo2...ini semua ujian utk kita tempoh....

    ReplyDelete
  11. alalhai sabar.. ada hikmah semua tu nanti insyallah.

    kesian dengna arwah kan.. tak silapyg jagan dia masa sakit pun adik angkat dia kan

    ReplyDelete
  12. sabar ye abby..kejadian yg allah dah tentukan tu..byk3kan doa utk arwah ayah pas abes solat..

    takziah utk seri bayu juga..kesian dia..

    alfatihah utk arwah seri bayu dn arwah ayah abby..~

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com