HANTU MONA GANGGU MURID SEKOLAH
Dalam kejadian histeria tersebut 10 murid serta seorang guru wanita dan ibu hamil diserang histeria, menyebabkan sekolah itu ditutup dua hari bermula semalam. Wanita tidak diketahui identiti itu dikatakan makhluk jelmaan yang tinggal berdekatan tandas perempuan sekolah itu yang terletak di Blok D dan mula mengganggu murid sekolah berkenaan sejak Khamis lalu. Kejadian bermula ketika beberapa murid perempuan menggunakan tandas lama di sekolah itu mendakwa ‘ditahan’ satu lembaga bertubuh besar. Seorang guru lelaki sekolah itu dikatakan pernah menanda kertas jawapan peperiksaan tahun empat yang hanya tertera nama ‘Mona’, namun ketika mahu mengembalikannya kepada murid, tiada siapa tampil dan pemeriksaan lanjut mendapati nama itu tidak wujud dalam kelas berkenaan.
Hantu pun pandai jawab kertas soalan yer.. Wartawan lupa tanya agaknya jawapan yang hantu mona jawab tu macam mana?? 100% betul ker?? Apapun kejadian ni mungkin berpunca dari khianat seseorang, mungkin juga ada sesuatu yang menganggu makhluk lain secara sengaja atau tak di lakukan. Apapun Mona tu pun makhluk Allah.. Jadi mohonlah perlindungan dari Allah kerana tiada kuasa yang mampu menandingi kuasa Allah.
Rujukan : Harian Metro
glup... seram sehh... maghrib2 terbace entry seram... meremang buku rome...
ReplyDeletepandainya hantu mona membaca~ walaupon x tahu berapa markah dia, tp dia masih pandai membaca dan menulis.. ekekeke
ReplyDeletehantu mona fendi? atau mona lisa... munna dewi..A/P segaran... :P
ReplyDeleteDemon.....O.O no scary
ReplyDelete