Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. (sumber rujukan : Ustaz Nor Amin)
Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud :
“Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”
Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.
Oleh itu gambar2 makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang dismpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.
Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.
Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 ) (Sumber rujukan : Ustaz Azhar Idrus)
14 Komen Melekat:
o..camtu lak ea..
kt umah xde gantung pic apepun, mak xbagi huhuuuu
patung pon x boleh ke?
xkan nak buang patung, :(
tak boleh nak gantung gambar family pon?
tq sis!benda ni dah patutu semua tahu.cuma kdg2 rasa seronok utk berkongsi gambar kenangan dgn tetamu yg dtg ke rumah,.kite mmg tak gtg apa2 gambar,kalau tetamu nak kite kuarkan album terus he3..
ada dengar gak yang ceramah ustaz Azhar Idrus pasal yg ni..
btw. thanks for sharing..
Terima kasih dear satu perkongsian yang bagus sekali..
wah!!
nice info!!
gambar konvo pun xleh ekk??
kena buang ni..
terima kasih for da info ya!!
salam singgah dari mummy weiyda♥
keep it up blogging ya dear♥
(◕‿◕✿)
hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog
gambar family pun tak bleh. hmm kena turunkanlah nih.
Latest Entri :
Takdir Terindah
good remind...=)
salam kenalkenal...
singgah sini kalau sudi..
http://lilyecah.blogspot.com/
oh tak leh eh..sedey ar camtu ek..sbb suka nk gantung gamba kenangan..
sekiranya didalam al-quran ada juga ayat yang begitu maka kena ikut la,tapi sekiranya cuma dari rujukan kitab yang kita tak tahu asal usulnya,itu agak meragukan...perkara pernah dibincangkan ,dan ada kelonggaran,jgn gantung gambar yang kita akan puja,family dan gambar sendiri ok.
Aku sependapat dgn Republic..kalau tak silap aku kes ni pernah keluar dalam TV. dan penceramahnya ustaz Abu Hassan Din(sapa Tak Kenal kan) Katanya nya boleh gantung gambar famili, niatnya bukan utk memuja tp mengeratkankan kasih sayang. Bila kita selalu tgk gambar famili kat dinding tu, akan teringat kita kpd mereka. ini namanya ikatan kasih sayang.
salam dear
terima kasih atas perkongsian maklumat ini. Sama2 kita manfaati. wassalam
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini