LAWATAN BERHANTU

5/18/2011 01:39:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Belek - belek harian metro online ni tertarik dengan satu artikel bertajuk Rintihan, hembusan dari lokap Mona. Ceritanya berkenaan lokap yang pernah di huni pasangan bomoh Mona Fandey, suami serta pembantu peribadi mereka yang di katakan berhantu.


Sekarang ni lokap itu di jadikan pakej pelancongan sebagai destinasi seram untuk lawatan berhantu bagi mereka yang berminat nak merasai keseraman itu sendiri. Kalau dulunya hanya popular di luar negara kini dah menular ke Malaysia selepas banyak sangat aktiviti paranormal yang memperkenalkan aktiviti tersebut kepada umum.

Pada pendapat melekit macam tak sesuai je aktiviti ni di jadikan pakej pelancongan. Salah satu yang kesannya adalah mengaitkan orang yang dah mati sekaligus mengaibkan mereka. Bila orang datang tentu sekali sejarah hidupnya di ceritakan. Bagi mereka yang melalui sendiri pengalaman ngeri di lokap tu akan membuat kesimpulan bahawa wujudnya hantu2 simati walhal manusia yang dah mati takkan menjelma lagi sebagai apapun di dunia ni. Urusan dunianya telah selesai yang ada cuma syaitan2 yang berusaha menyesatkan manusia.

Haruskah di tiru cara barat yang sememangnya kita tahu adat, budaya & cara hidup mereka tu tidak sesuai semata - mata untuk keuntungan tanpa memikirkan kesannya pada kanak - kanak, remaja & masyarakat kita? Apapun kita hanya orang kecil mampu berkata - kata di ruangan yang sempit, mereka orang besar yang memutuskannya.

Ini cuma pandangan & pendapat peribadi sang lekit sahaja.. Sang Lekit hormat kalau ada yang tidak setuju & membuat hujah & pendapat sendiri berkenaan isu ni. Terpulang la pada penilaian masing - masing.

P/s : Kalau yang tak kenal siapa mereka ni mereka adalah orang yang menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.

Rujukkan : Harian Metro

16 comments:

  1. kalau leh pon..sumpah den tak nak poie!! huhuhu

    ReplyDelete
  2. rumah mona fendy ni dekat gn kampung saye, kalu lalu depan rumah die, n tempat die tanam mayat tu, seram sejuk je rase smp sekarg

    ReplyDelete
  3. setuju dgn sang lekit.

    memang tak sesuai nak buat sebagai pakej pelancongan. Perkara-perkara macam ni akan memalukan waris arwah, orang akan terus-meneruskan bercakap pasal arwah. Yang lepas tu biarlah lepas. Cukup-cukuplah aib masa arwah hidup dulu.

    ReplyDelete
  4. BETUL!!!

    telah terputus anak adam dari urusan dunia, kecuali 3 perkara, amal jariah, ilmu yg disampaikan dan doa anak yg soleh...

    mana ade boleh patah balik masuk dunia jadi hantu kacau org...

    ReplyDelete
  5. sekarang semua pengaruh barat je..,
    isk isk.. tp mmg seram walaupun kte taw mmg die xmgkin jd hntu kcau kte..
    dah set dlm otak mona fendi = hantu/tahyul..huhu

    ReplyDelete
  6. merepek betul lah..
    biarlah kejahatan lampau dia tu,yang dah mati tak usah dibuka aibnya

    ReplyDelete
  7. korang rasa mona fendi tu dah mati ? :)

    ReplyDelete
  8. betul tu kak,yg dh pergi tu mmg sah dh g,org yg nk melawat tu pon satu.banyak lagik tempat lain kot.

    ReplyDelete
  9. waktu baca kat paper pasal benda ni terfikir apalah perasaan family diorang bila orang gunakan issue ni untuk keuntungan hasil dari lawatan...


    |Wordless Wednesday |Kartun menyerupai Wedding Prince William & Kate Middleton||

    ReplyDelete
  10. betol 2 cik lekit. bt ape nk dijadikan tmpt pelancongan cenggini. byk lgi tmpt laen. org 2 dh mati pon, dh abis pon urusan dia kt dunia. kenapa perlu dibuka blk cerita si mati. lebey2 ia akan menimbulkan aib pada si mati. boleh tau x, atas dasar siape yg mencadgkn idea ni? maaf dh kurang baca paper :)

    ReplyDelete
  11. yaya blh clik kat link pada tajuk artikel sebenar tu utk maklumat lanjut

    ReplyDelete
  12. memang boleh mengaibkan si mati... huhuhu... xpatut diadakan pakej pelancongan macam nie...

    ReplyDelete
  13. entah betul entah tidak hantu mona fendy yg kat situ. entah2 hantu2 lain berkeliaran.

    orang kita ni kalau dah terlampau kreatif ginilah jadinya. benda tak berfaedah di jadikan pakej perlanconganlah.

    kesianlah kat keluarga mona fendy. diorang tu menanggung malu seumur hidup.

    ReplyDelete
  14. sebut pasal mona fendi nie..nasib meremang je bulu roma...teringat keganasan diorang tue

    ReplyDelete
  15. setuju ngan shah-kayrul... dulu memang takut kalau dengar cerita dia.. dengar nama pon dah takut2... mak2 kalau tanak anak nakal2, mula la takutkan dgn mona fendy ni.. huhu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com