MENGUMPAT ATAU PENDAPAT?

5/08/2011 10:06:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Nak berdebat takde modal. Nak lawan pun dah takde point. Kesalahan terang - terang jelas & nyata tapi ego tu tinggi bak gunung everest. Mengaku salah sesekali tidak. Tetap benang yang basah nak di tegak. Pilihan yang ada menyindir sendiri dalam setiap ceritanya. Apa kes?

Itulah sikap manusia.. Bila kesalahan di tegur, Mula tak tentu arah. Macam Nyah Zulfikar pernah cakap dalam entri beliau.."Niat tidak menghalalkan cara". Kalaupun niat kau yang kononnya suci murni tapi cara pula macam jamban pun tetap jadi salah. Tetap di pandang buruk & busuk. Niat & cara hendak la sama - sama seiring agar mesej tu sampai.

Tak cakap sang lekit ni pandai, baik & sempurna setiap sudut tapi sekurang kurangnya sang lekit cuba juga untuk memperbaiki diri. Tidak la melalak tak tentu pasal dalam blog, mengkritik, menghentam atau mengutuk orang tak tentu pasal bila di kritik atau di tegur. Mungkin isu - isu yang banyak di bangkitkan dalam blog melekit ni ada yang panas punggung sehingga ada insan yang melabelkan ia sebagai mengumpat.

Selain isu cikgu shida (mungkin sang lekit terima kalau orang kategorikan entri2 pasal beliau sebagai mengumpat sebab lekit tidak sorokkan identiti beliau), isu - isu lain yang berlaku dalam kehidupan seharian samada di adaptasi dari kisah orang lain atau tak sang lekit tidak pula memaparkan identiti sesiapa dalam penceritaan tu. Apakah dengan memberi pandangan peribadi kepada isu - isu semasa yang berlaku di sekeliling kita itu adalah mengumpat??

Terserah pada anda yang membaca untuk menilai. Apakah anda rasa isu - isu dalam blog melekit ni semuanya bertemakan mengumpat?? Anda (pembaca) adalah juri.

3 comments:

  1. Jika setiap kata-kata teguran itu adalah umpatan, maka adalah lebih baik digelar sebagai pengumpat dari mendiamkan diri.. berkata-kata itu lebih baik dgn niat memberi nasihat. dr membiarkan kesalahan yg terang dan nyata.. selemah-lemah iman adalah mencela perbuatan buruk dgn hati.. tp xkan selalu nak kekal dgn iman yg lemah? selagi mampu laksana tahap yg lebih tinggi, lakukanlah...

    for me, blog lekit x de la mengumpat..cuma pasal cikgu shida je la...ekekeke...

    ReplyDelete
  2. kadang2 ada org puas dengan attention.. dia akan saja memetik.. utk org bagi perhatian.. kalau org marah pun dia suke.. sebab dia kurang kasih sayang

    ReplyDelete
  3. bak kata abby ~bila ego meninggi cam eberes..tu lah jadinya..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com