12 September 2011

PETUA ELAK DI SIHIR MELALUI GAMBAR

Hari ni kecoh bila Kosmo menyiarkan artikel berkenaan seorang gadis yang menjadi mangsa sihir melalui gambar yang di ambil oleh seorang perempuan jahat di laman Facebook dia. Semua kecoh pasal isu tu.. Jadi tak perlu sang lekit kopek lagi cerita sihir melalui gambar dari laman sosial tu.

Apa yang sang Lekit nak kongsi adalah petua atau amalan untuk mengelak dari kita turut menjadi mangsa sihir melalui gambar ni. Memang benda ni sang lekit pernah dengar dalam rancangan WHI, tapi bila dah lama, jadi ingat2 lupa maka terpaksa la menggunakan khidmat pawang google la. Hasil jampi serapah pawang google, meh kita tengok hasilnya.

Petua & Amalan untuk mengelak di sihir melalui gambar

1. Sekiranya korang  upload gambar di FB, Blog @ mana2 laman sosial jangan sekali-kali mempamerkan keseluruhan tubuh badan. Hanya separuh sahaja kerana, gambar keseluruhan akan menampakkan kelima-lima pancaindera kita dan memudahkan sihir dihantar. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Syaitan (Jin) itu berjalan di dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir di tubuhnya".

2. Andaikata korang terpaksa bagi gambar full (gambar yang mempamirkan seluruh badan) lubangkan sedikit mana-mana bahagian pancaindera contohnya lubangkan di bahagian kaki supaya sihir tersebut sukar dihantar.

3. Amalkam membaca doa ini yang mana Rasulullah ajar jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut : 

Rujukan : HanyaDariMata
 
Moga dengan perkongsian ilmu yang sedikit ni dapat memberi manafaat pada semua yang membaca blog melekit ni.


P/S : Ni sekadar pendapat melekit, gambar yang di gunakan untuk tujuan sihir ni selalunya gambar original yang takde sebarang editing atau pengubahsuaian, apakata kalau korang nak upload gambar kat mana2 laman sosial tu edit2 skit, touch up la apa2 yang patut. Gambar tu takkan jadi gambar original yang di snap tapi gambar yang telah mendapat susuk moden dengan aplikasi2 komputer. Kan??
 

33 Komen Melekat:

Daddylicious said...

orang lelaki mmg begitu peelnya kalau sudah sakit hati sangat ...habis semua dukun di cari...moga2 mereka di lindungi.

Elyssa said...

thanks sbb share petua ni. bagus utk simpanan. bahaya betul zaman skrg kan

norinaomar said...

kadang terfikir,kenapa tak jatuhkan menteri atau artis atau sesiapa sahaja yang sesiapa saja tak suka dengan sihir melalui gambar.Ikutkan dahlama dah mana-mana VVIP dah kena kan?Daripada buat page/blog hentam atau kamihamun sana sini.heeee

p/s:nak edit gambo sat gi hahaaa

PinKy MoMMa said...

macam macam la skrg ni..mereka yg suka mensihir ni tak fikir ke akibatnya di kemudian hari kelak..mohon dilindungi oleh Dia yang Maha Esa..

Nyamuk Terbang said...

info yg berguna utk semua
smga kita dijauhkan dri hasad dengki manusia
amin :)

Fiza Rahman said...

Thanks for the tips ☺☺☺

MizzTina said...

mekaseh kak lekit.. pasni nk edit gmbr.. :)

Salina@IbuAqil said...

TQ dik.. berkongsi ilmu.. ;) mudah2an kita & keluarga kita dijauhkan dari benda yg tak baik.. Sentiasa dibawah lindunganNYA.. amin!! cik lala wat pe tu? ;)

suria lekatlekit said...

Cik Lala.. setelah bersenam mulut, tido la dia. :D

wahida said...

ish...nauzubillah...
saya takde fesbuk...hehe...


salam kenal...

yanamib said...

perempuan dengki dgn perempuan..hurmm..dunia dh moden ilmu pawang pn makin moden =.=

thanks kak atas perkongsian ni..pasni mmg kena slalu edit je gbr =)

Qasehsuchi said...

thanx 4 da info sis!:)

Shahada Fauzi said...

doa tu selalu menjadi amalan saye..dari dulu..

LYAfrina said...

sgt bguna info ni. utk kselamatan kt smua.. mde2 ni smua x mstahil tjd dlm dnia moden ni

LYAfrina said...

sgt bguna info ni. utk kselamatan kt smua.. mde2 ni smua x mstahil tjd dlm dnia moden ni

Ct Arina said...

oh, baru taw. thx kak!

Unknown said...

alamak nok... habisla mak di mandremm.. gambor bukan main banyak,, gugurlah susuk2 berlian ni nyahhhh

Elih Japahar said...

Sungguh menakutkan sehingga ke gambar facebook jadi bahan sihir...anyway, tips yg sgt berguna utk sesiapa yg suka upload gambar kat laman sosial tu...nice sharing sang lekit :)

Syazwan Che Deraman said...

ooo..ayat ni.
dalam al mathurat ada.

terima kasih seba share.

HUD AIKARA said...

palingggg bagus jangan upload gambar...habis cerita...hehehe..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

banyak betol cara orang sekarang ni wat jahat kan.. time kasih pasal ilmu ni ye kak :)

indonesiatooverseas said...

pake saja foto kuda atau buaya untuk profil fb, dijamin tak akan ada yang niat sihir Anda. haha

Anonymous said...

kak,izinkan sy share,huhuhu

amy,google akaun & blog kena hack

Unknown said...

"alamak nok... habisla mak di mandremm.. gambor bukan main banyak,, gugurlah susuk2 berlian ni nyahhhh"

hahahaha.. lawak zul.. lawak...

tapi ni fakta yang wajar dikongsikan.. sebelum membaca entry ni.. serious tak tahu.. skang dah tau...

safurara said...

thnks akk share doa,rara cuba amalkan.pas ni kalau nk attach pic mst buh watermark.

belogkiter said...

tak pernah terfikir ada perkara macam ni.. anyway thanks sharing. takt lah pulak

Unknown said...

kite memang suke edit2 gambo ! wee~

eiela said...

yup, betul tuh. bahaya sekarang, sihir melalui gambar dah lama ada dari dulu lagi cuma sekarang nih kat facebook pun jadi.

INNANIE ARIFFIN said...

terima kasih kak untuk back link tu ye... semoga perkongsian ini bermanfaat!

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

tq info lekit...

nazirulhazwan~ said...

seb bek takde fesbuk:P

aizamia3 said...

segelintir manusia tak pernah lari dari perkara2 yang tidak baik..
kalau tak.. takdelah wujudnya pawang, dukun dan yang seangkatan dengannya..

Anonymous said...

Tip yg bgus untuk perempuan

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;