DUGAAN & BE

10/04/2011 07:36:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Walaupun proses mengandung & melahirkan lala agak mudah.. tak tak semuanya mudah dalam proses membesarkan lala. Mula2 lahir, lala memang baby yang tak banyak ragam. Tapi selepas balik dari kampung raya haritu perangai lala mula berubah.

Lala semakin banyak ragam, suka menangis & sekarang ragam dia semakin menjadi jadi. Mula2 ragam dia tak nak tidur malam jer.. sekarang ni malam siang lala kurang nak tidur & suka menangis. Semalam sehingga siang, lala meragam sampai sang lekit & en hubby tak tidur. Sebab dah dekat sebulan lala jadi macam tu walaupun takde sebarang sakit, awal pagi tadi en hubby & sang lekit bawa lala ke darul syifa bangi. pukul 5.30 pagi dah keluar nak elak dari jam. Lagipun memang kitorang tak tidur. Tapi sepanjang perjalanan & sampai la menerima rawatan kat darul syifa lala tidur jer tapi sampai je rumah dia kembali meragam. Menangis, tak tidur.. serba tak kena. letak salah, dukung salah.

Betul2 menguji.. Tapi nak buat macam mana, lala anak kami. En hubby nampak lebih sabar dari sang lekit. Mungkin sebab dia tak mengadap lala 24 jam berbanding sang lekit. Bila dia keluar kerja, lala dengan sang lekit, dia balik pun lala tetap dengan sang lekit. Tekanan tu lebih kepada sang lekit. Pun begitu en hubby tak lepas tangan. Dia tahu sang lekit letih jaga lala yang meragam, balik kerja dia tolong jagakan jugak. Dia pun letih kerja. Sang lekit pun dah mati akal, takpe la cuba la petua & rawatan yang darul syifa tu bagi. Mana lah tahu dengan izin Allah, lala ok lepas ni.

Disebalik dugaan yang datang, Tuhan bagi juga segaris senyum sang lekit. Sementara lala tidur tu sang lekit jenguk kejab blog & nuffnang. Ada juga masuk BE baru untuk bulan Oktober. Alhamdulillah.. rezeki lala la kot. Maaf la kalau sang lekit tak dapat buat kunjungan balas, sang lekit betul2 takde kelapangan. Lala tidur pun kadang2 1/2 jam jer.. lepas tu bangun & meragam. Nanti kalau ada masa sang lekit jenguk yer blog kengkawan semua. Kalau ada tips yang boleh kongsi dengan sang lekit tentang masalah lala tu.. bagi la yer.

15 comments:

  1. tahniah Lekit.. jaga anak pertama mmg macam tu kan. Bz.. pa pun lekit tetap ada juga kelapangan utk menaip sesuatu yg menarik di sini..

    all the best ye.. saya suka baca2 entri sini.. heee

    ReplyDelete
  2. Moga cik lala sembuh dari nangis2 tak henti ni.. Aqil dulu pun macam tu mummy.. Memula ok last2 menangis je kejenya.. Nak kata kembung dah bertuam.. Jenuh bawak berubat last2 nak msk 4 bln baru kurang sikit sebab berubat sawan tangis.. Dia boleh menangis 2 jam x berenti dlu lepas abeh2 pantang.. Sabar ye mummy.. Besar pahalanya utk kita ibu2 ni..

    ReplyDelete
  3. banyak jugak dugaan bile baru dapat anak ni kn kak.. hope akk n hubby tabah k.. :)

    ReplyDelete
  4. what happen to ur baby? ala, this is so normal. baby mmg suka menangis. tapi ada sebabnya dia meragam or menangis..sentiasa sabar ya sis :')

    ReplyDelete
  5. Tak pe sang lekit kami semua faham...:) Tahniah juga sbb dpt BE,semoga tabah ok

    ReplyDelete
  6. hmmm kenapa yer lala begitu...twins tak der la pulak...

    ReplyDelete
  7. tu kena sawan tangis tu...

    nanti dia baik sendiri macam adik bongsu aku dulu. takde ubat kalau bawak doktor pakar pun...

    harap sabar la, aku taktau aku sabar mcm mana kalau ade anak nanti..

    ReplyDelete
  8. patutlah cik lekit senyap je takde entri n update kat FB..
    cik lekit pasang je surah2 alQuran dari laptop atau handphone..pasang je sepanjang masa..kita ikhtiar kan?

    ReplyDelete
  9. memang kena sabar dan tabah, betul kata sang lekit, nak lahir kan mungkin tak sepayah nak menjaga dan membesarkan, lain anak lain ragam, insyaallah dengan naluri keibuan yang tinggi, sang lekit boleh atasi segala masalah ni yea..

    ReplyDelete
  10. banyak dugaan.. tapi tetap beruntung dari orang yang takda anak.. ;)

    ReplyDelete
  11. apa yg paling perlu banyakkan sabar
    anak kecil mmg camtu
    dia pon sbnr nya tgh belajar nak sesuaikan diri sendiri dgn keadaan persekitaran yg baru
    dia pon byk yg xselesa sbb tu meragam
    akak dulu, amik nasihat sorg dokter neh, try dekatkn telinga baby dgn jantung kita---sbb bunyi degupan jantung adalah bunyi lazim bg bayi (dr dlm rahim kan...---smbil si mak duduk berayun diatas rocking chair---beralun/berayun adlh keadaan lazim bayi dlm rahim yg penuh bendalir...
    alhamdulillah menjadi...cubalah yea!

    ReplyDelete
  12. lala kuat meragam ya! mesti comel

    ReplyDelete
  13. salam abby..
    alhmadulillah..
    err...baby mmg cenggitu..
    anak2 cma 3 bulan pertama mmg kerap nangis siang mlm x tentu pasal..
    xtau la kenapa..
    tp inisiatif abby bwk cik lala g darul shifa pun bagus jugak..elok hindarkan perkara2 yg diigini..
    dugaan sepanjang 3 bln pertama -anak kerap nangis..
    sabar ye...

    ReplyDelete
  14. *tahniah dpt be lg..

    baek plak hati nuff bg be ye..
    cma dah running 8 be.. 1st time be menari lama...^___________________^

    ReplyDelete
  15. die x sehat kot kak. kembung perut mungkin.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com