Hukuman bagi mereka yang mendera @ menganiaya haiwan ni sangat2 menyedihkan. Hukuman yang di terima pada penjahat ni sangatlah bagi sang lekit tidak berbaloi dari penderitaan yang di terima haiwan tersebut. Setakat denda 1 hari penjara & rm200 ringgit.. korang sendiri mau ingat la kan??
Sang Lekit ada ikuti fanpage2 yang memperjuangkan nasib haiwan2 ni.. Dorang banyak post pasal haiwan2 terbiar & haiwan2 yang di aniaya. 1 berita menyedihkan apabila seorang manusia yang meniaga mee wantan yang di laporkan selalu menyimbah air panas pada anjing2 yang lalu di depan gerainya. Bila kes ni di hadapkan kemahkamah.. hukuman yang di terima penjahat ni cuma itulah... denda RM200 & penjara sehari sedangkan kesakitan yang di tanggung haiwan2 tersebut bukan boleh sembuh dalam 1 hari kalau hantar ke klinik haiwan untuk rawatan pun RM200 tu pun tak cukup kos. Rasanya undang2 perlu di fikirkan semula.. Haiwan juga makhluk Allah.. haiwan juga punya hak di bumi Tuhan ni tetapi hak mereka di pandang remeh & di pandang tidak penting.
Sebab mereka haiwankah.. undang2 tidak menyebelahi mereka?? Sebab mereka tak berakal.. tak mampu upah peguam.. tak mampu buat perhimpunan untuk tuntut keadilan.. tak mampu bersuara macam manusia.. maka hak mereka di bumi Tuhan di rampas dengan rakus oleh makhluk bernama manusia.
Sebagai rakyat yang mengecam kekejaman terhadap haiwan.. Sang Lekit bersuara dari entri ni. Suara kecil yang mungkin tak siapapun peduli tapi sang lekit tetap nak jadi salah satu suara yang bersuara untuk memperjuangkan nasib haiwan.
P/S : Cicak pun tak mampu aku bunuh atas dasar rasa simpati.. inikan pula haiwan2 yang memang di jadikan untuk menumpang kasih sayang manusia.
15 Komen Melekat:
kesiannya...apalah dosa haiwan tu
Suka hati dia je nak simbah air panas kat Haiwan tu..
cina mmg xde hati perut kak.kalau ye pon halau elok xleh ke.hmm dh banyak dh rara tgk kes cm ni.
sian kat haiwan yg kena dera..
mmg x patut :'(
psstt: hehehe..nasib bek mimpi ye.. :)
kesian.. kan..
die tak de akal...
aduh
tengok pun dah terasa ngilu
sakit tu
kalau lidah kita tertenguk air milo yang panas (suam2 panas) pun kita sakit terkejut
inikan pula disimbah macam tu
ini la manusia
Lain orang lain pandangannya tetapi walaupun pandangan lain tak le sampai hati nak mendera. Huishhh...mau mengelupur waktu kena air panas tu. Cer bayangkan kita disimbah air panas cam ner rasanya?
tak berperikemanusiaan
simbah balik air panas tu kat dia...
Aduuhhh kesiannya tengok anjing jadi lagu tu..
Kalau ye pun janganlah simbah dengan air panas, mereka juga rasai penderitaan...
kesian anjing tu.... jom kite simbah air panas kt org tu plak. hahaha
sama la kita kak..walaupun tak suka lipas..tapi tak tergamak nak bunuh lipas
Lalat pun i x berani nak bunuh...
suka2 jer simbah binatang tue ngan air panas..
cuba hukuman tue simbah balik air panas kat dia..apa rasanya....
kompem terus serik
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini