TAK SEMUA BLOGGER SEKEJI ITU UNTUK LARISKAN BLOG

7/11/2013 12:32:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Entri ni sebenarnya kesinambungan dari kisah Kucing aritu.. Mungkin orang2 yang berkenaan tu sebenarnya dalam komen gud gud dia.. dia add kita kat FB like entri kita ada maksud tersembunyi. Yelah.. den pun bukan kenal dia, den cuma serempak nama dia masa dok berbalas komen kat satu group pasal isu kucing 2 3 hari lepas haritu.

Mungkin Allah nak tunjuk jugak.. Mungkin satu peringatan. Terjumpa komen2 di bawah link entri pasal kucing di blog melekit ni di FB seorang hamba Allah yang tak payah sang lekit nak mention nama dia. Sebab sapa dia tak berapa penting tapi apa yang penting apa yang dia kata jer..

Katanya satu trend dalam dunia blog untuk melariskan sesatu blog tu dengan cara menyerang peribadi imdividu lain.. berbeza dalam dunia group FB katanya.. Yang lebih kepada berkongsi ilmu & sangat pentingkan silaturrahim.. kalau kau nak kata blog melekit macam tu tak payah la mention 'Dunia Blog" yang merangkumi semua.Jangan anggap dunia blog untuk orang bergaduh jer.. Dah banyak silaturrahim terjalan dalam dunia blog ni. Memang tak nafikan ada baik & buruknya.. macam tu jugak kat FB tu. Sama jer..

Dunia blogspot dan group tidak sama. Group mcm kita lebih kepada berkongsi ilmu kerana group bukan milik kita. Di group kita belajar menghormati isi hati dan pendapat kawan2 yg lain. Ida pernah berada di dunia blogspot, yg mana blog adalah milik individu malah serang menyerang individu lain sudah menjadi trend mereka untuk melariskan blogspot sendiri. Apa yang tertulis di blog adalah pendapat sendiri dan berbeza sgt dgn kita yang mementingkan silaraturahim diantara kita. Jangan terasa hati... abaikan saja.
Menyerang tu untuk melariskan blog?? Tengok jugak kau siapa sampai boleh buat blog tu laris bila tulis pasal kau kan?? tengok juga kontroversi yang kau buat untuk buat blog tu laris & untuk pengetahuan awak yang mengeluarkan statement macam tu.. Blog umpama suara kami. Jadi jika kami nak bagi pendapat atau komen satu2 isu tu dah tentu la blog menjadi medan suara hati kami. Tak semestinya bagi pendapat terhadap isu yang seseorang itu bangkitkan dengan niat untuk menyerang secara peribadi. Kalau itu di katakan serangan peribadi.. maka apa yang kamu2 sedang buat & berkomen juga macam satu serangan peribadi jugak. Kalau kata meluahkan hati.. kenapa kamu tak boleh terima apa yang kami tulis di blog sebagai luahan hati kami jugak. Jadi.. Jangan menyifatkan sesuatu tu sangat buruk atau sangat baik semata2 untuk buat orang nampak kamu berada di tempat baik.

Saya tak faham kamu nampaknya tak suka & sependapat dengan saya.. tapi kamu add & like entri saya sudahnya kamu mengeluarkan statement macam tu. Ok.. saya terima sebagai benda tu kamu buat untuk membawa bahan bukti kepada kawan kawan kamu bahawa wujudnya apa yang kamu nak dorang tahu. Tapi rasanya tak perlu LIKE kot.. cukup sekadar copy paste link entri saya tu. Kalau LIKE makna suka.. tapi entahlah cara kamu bila bersama kawan2 kamu tu macam tak suka. Ke kamu memang jenis pendirian yang sentiasa berubah2?? Kat sini kamu suka.. Dengan mereka kamu jadi tak suka sebab mereka tak suka.kekekekeke Ok.. tu hak kamu. Saya tak boleh halang sebabnya blog saya memang semua orang boleh baca & komen.

Jadi kamu kena terima juga bahawa blog ini jugak hak saya untuk memberi pendapat saya sendiri. Bukan saya taknak membalas komen2 kat FB kamu tapi saya tahu benda tu tak mendatangkan faedah.. jadi panjang cerita je lagi. So kalau korang guna FB menyuarakan pendapat dari pendapat saya kat blog.. saya guna blog untuk menyuarakan pendapat saya dari pendapat kamu di FB. Tak salah, kan?? Dunia blog tak sekeji macam kamu gambarkan. Pasal isu kucing tu.. Saya memang pencinta haiwan yang membesar dengan haiwan itu. Jadi saya rasa saya ada tanggungjawab untuk membela haiwan tersebut bila ada individu memandang makhluk tu sebagai pengacau & pengotor bila dia pelihara banyak dalam rumah. Korang tahu tak.. kucing mungkin tak berakal tapi boleh terima lagi didikkan dari kita. Kalau di ajar & di asuh dia juga faham arahan kita. Komen2 korang melukakan hati orang2 yang berjuang untuk kucing2 tu korang tak rasa bersalah pun. Korang tetap rasa rumah bukan tempat untuk kucing. Korang nak hidup bebas tapi korang nak kucing2 tu hanya berdunia dalam kurungan. Memang korang tak cakap secara direct macam tu tapi apa yang korang pertikaikan seoalah2 itu la yang korang nak.

Jadi.. apa yang kamu kata dunia blog lebih kepada menulis pendapat sendiri tanpa memikirkan silaturrahim maka apa yang kamu tulis kepada blogger pun sama jugak macam kamu sedang buat sekarang. Kamu pun tulis pendapat peribadi kamu tentang dunia blog juga. Sebagai blogger saya harus terasa & tak semestinya terasa tu saya kena terima bulat2 apa yang kamu cakap. Saya juga ada hujah saya macam hujah kamu untuk buat orang nampak kamu berada di tempat yang baik.So, sendiri fikir.. sendiri mau ingat.

P/S : Rasa berat sebenarnya nak post entri2 ni macam ni di bulan ramadhan tapi kena pertahankan diri jugak kan??

P/S : Dunia blog pun dah banyak mencipta silaturrahim.. Dalam blog jugak masih ada respect each other. Kalau dia kata dia pun pernah jadi seorang blogger mesti dia tahu tapi nampaknya mungkin dia blogger hangat2 taik ayam je jadi dia tak sempat explore dunia blog & tak tahu banyak silaturrahim yang dah terjalin sesama blogger even kenal dalam blog sahaja.

P/S : Kalau setakat isu kucing tu cakap blog den ni laris macam goreng pisang panas.. hurm.. traffic tak gempak mana pun.

8 comments:

  1. salam kenalan

    berblog jgk leh tmbah ramai kwn

    ReplyDelete
  2. macam macamm.... tapi serius kalau ianya melibatkan kucing... saya pun sangat marah.. saya pun pencinta kucing

    ReplyDelete
  3. salam singgah di blog awk :)

    http://www.khairilmazri.com/segmen-blogwalking-singgah-sahur-ohblogger

    ReplyDelete
  4. hehehehe sbr ye kak.biasalah manusia kak.akk sbr ye.mmg dunia blog ni kdg kdg org xsuka kita.tp bg rara,bia lah dorg.blog kita.dunia kita.cuma tau batas2 je.selamat berbuka kak!

    ReplyDelete
  5. Saya pun suka kucing, dr kecil smpai besar ada je kucing yg mak saya jaga...tp bestnya semua kucing tu dgr arahan mak saya...membuang baik kecil atau besar di tandas...

    ReplyDelete
  6. ada jugak macam tu eh.. alahai macam2 kerenah manusia tambah2 bulan puasa.

    selamat berpuasa buat keluarga suria :)

    ReplyDelete
  7. salam Mummy Lala..

    hurmm.. x semua org suka ngan kita..
    kita pun tak boleh nk paksa org suka kita,,.

    setuju dgn abby.. bab2 mengeratkan silaturrahim tu cma setuju .. :)

    ReplyDelete
  8. pernah terkena dgn sorg blogger politik, xde pasal lah nk pautkan blog kita kt blog dia, geram kot grrrrrrrr

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com