BLOG GANTUNG IKLAN ADALAH PENYEMAK DUNIA BLOG

9/05/2013 01:51:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Sekarang ni bila orang tau boleh jana pendapatan melalui blog ramai nak jadi blogger walau ada yang tak berapa blogger cuma ada blog semata mata nak gantung segala mak nenek iklan sampai orang nak baca entri pun dah tak boleh. Motif kau buat blog semata2 nak orang tengok iklan kau yang tergantung2 macam ikan salai kering, kan??

Hangin jugak la kan bila kita tengok kat FB tajuk gempak kebabom macam best je cerita tu. Kita clik nak baca apa ceritanya. Tapi yang keluar dulu.. kebanyakkan kotak Like Fanpage.. kau tak like berjanggut perang ko tunggu waiting tu sampai berjuta saat. Lepas dah like kadang2 kotak tu tak hilang2.. dok nganga kat situ jugak. Ko tak payah scroll mouse keatas kebawah memang kotak tu akan ikut sekali. Ok tu satu hal...

Satu hal lagi bila clik link blog tu tu dia awal2 lagi muncul kotak2 iklan tergantung kiri kanan atas bawah. Scroll pun dia tetap la ikut. Ada yang kotak iklan block separuh entri. Nak close takde button.Bila tengok blog macam ni kebanyakkan blog cari makan dengan entri copy paste tapi traffic ribu riban dalam satu2 masa.. dah macam ampaian atau orang utara kata penyidai. Mana tak macam ampaiannya kalau kiri kanan atas bawah tergantung iklan yang dok ikut je bila kita scroll mouse tu.

Kejadahnya kau buat blog semata2 ko buat entri gempak alih2 orang buka blog kau sekadar boleh tengok iklan yang kau gantung jer. Setakat ko pacak kat side bar kat widget box kaku kat situ je den boleh accept. At least tak ganggu biji mata orang nak baca cerita yang kau sampaikan kat blog. Sebenarnya korang ni nak tulis blog ke sekadar kau nak minta clik iklan kau jer!! Dah la entri manjang copy paste.. kau sebenarnya takde bakat nak menulis blog langsung cuma kau ambil kesempatan buat duit dengan blog semata mata je kan??

Ni salah satu blog copypaste yang menyemak dunia blog. Traffic dia memang tak kalah tapi follower setakat 14 orang je. Confirm orang clik blog dia tapi tak boleh nak baca entri sebab korang tengok sendiri la macam mana dia mengampai iklan tu. Di nasihatkan baik kau tak payah tulis blog.. kau buat blog kau sekadar pacak iklan jer.

Pada pengusaha blog macam ni.. kau la golongan penyemak dunia blog sebenarnya. kalau kau nak sampaikan infomasi atau berita tak kira kau cedok dari akhbar atau memana pastikan orang boleh baca info atau berita yang nak kau sampaikan bukan sekadar orang clik tapi tak boleh baca apa2 melainkan nampak kotak like fanpage ko atau iklan kau yang tergantung block entri kau tu.

Tak salah sesambil tulis blog nak cari side income.. aku pun buat jugak. Tapi kalau melampau sangat orang pun rasa semak. Kau lebih nak orang tengok iklan kau dari entri kau tu bukan namanya tulis blog. Tolong la.. tau la entri aku ni tak jejas pun traffic blog copypaste korang tu tapi tolong la jangan tunjuk korang tu terdesak sangat nak cari duit. Rezeki tu dari Allah.. kau gantung keliling blog kau dengan iklan sekalipun kalau Allah tak bagi rezeki tu kat kau tetap kau tak dapat. konsep tulis blog biar orang boleh baca entri bukan sekadar orang clik blog kau semata2 nak tunggu waiting kat kotak like fanpage kau atau nak tengok iklan jer.

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

14 comments:

  1. Adoi..sabar-sabar.. jangan marah.. Hehe.. Tulah orang berblog ni macam-macam ragam..

    ReplyDelete
  2. blog aku langsung takde iklan ape2... semak... nuffnang pun aku dah buang... suci bersih... hahaha...

    ReplyDelete
  3. Akak Fanpage pun tadak...iklan nuffnang tu jelah yg ada tu pun dok buka kat opis je tak dpt pun nak tengok iklan2 tu bagai sebabnya kat rumah dah blok internet dan kat opis ni agaknya ada benda yg dia tak support jadi tak dpt tengok iklan2 nuff.

    ReplyDelete
  4. betul jugak tu..selalu mcm tu la...hehehhe

    ReplyDelete
  5. salam sis.terima kasih kerana mewakili 'suara' kami semua he3...

    ReplyDelete
  6. sy byk kali jumpa...nak baca pun naik pening...

    ReplyDelete
  7. Mmg menyemak x leh baca dan no komen lg la x blh. Mmg xde tanda pangkah

    ReplyDelete
  8. Salam Mummy Lala..

    uii..followers sikit..tapi visitor leh tahan ramai..749..

    cma pun kadang2 fedap bila nk baca entri,diganggu iklan2 pop up ni..

    ReplyDelete
  9. haha...momoy pun mmg x suka enis blog mcm ni
    kadang baca kat FB mcm menarik bila klik nak kena tggu sampai berpuluh ribu saat sebab nak baca entri diaorg. ye. saya ttetap tuggu sbb memang x akan klik like. haha

    ReplyDelete
  10. Sabar2.. Kalau tak suka tekan pangkah je. hehe

    ReplyDelete
  11. Pedas dan menyentap jantung.
    Saya suka ayat yang tegas macam ni.
    Terang dan jelas. Direct to the point.
    Keep it up.
    Tq

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com