RAMAI YANG TAK SUKA CUTI JUMAAT WALAU BANYAK KELEBIHAN

11/15/2013 01:31:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Salam Jumaat Uolls.. Hari ni hari Jumaat. Sejak dua menjak ni dengar khabar angin yang katanya Johor bagi melaksankan cuti pada hari Jumaat & sabtu. Ramai jugak yang mengeluh & merungut seolah2 cuti pada Jumaat tu satu malapetaka besar. Na'uzubillah.. Sebab tak boleh bersosial pada hari Ahad je ramai muslimin & muslimat menolak cuti pada hari Jumaat & lebih selesa cuti di kekalkan sabtu Ahad.

Hari Jumaat ni banyak kelebihannya.. Bila ada negeri yang cuba melaksanakan cuti pada hari Jumaat patut kita sokong & terima dengan hati yang gembira sebaliknya ada jugak manusia cuba mempertikaikan cuti pada hari Jumaat.. katanya susah nak attend kenduri la.. susah nak jumpa kawan kawan sebab cuti dah tak sama.. susah tu.. susah ni.. seolah2 cuti jumaat tu menyusahkan sangat. Sebagai orang kedah yang sememangnya membesar & bercuti pada Jumaat sabtu masa sekolah dulu rasa lebih banyak kelebihan. Yang jelas kaum adam senang nak pergi sembahyang Jumaat. Tak payah rushing. Malam Jumaat pulak boleh buat amalan2 sunat untuk mendapat lebih banyak ganjaran pahala, kan?? Jadi warga johor mahupun yang bekerja di Johor cuti pada hari Jumaat bukanlah 1 malapetaka tapi satu rahmat,ok!

Artikel penuh baca kat SINI

Hari Jumaat terkenal sebagai penghulu segala hari.. Jadi banyak kelebihannya. Salah satu sekiranya ada hamba Allah yang meninggal pada hari Jumaat bakal mendapat ganjaran..

terdapat hadis yang menyatakan apabila seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari Jumaat maka dia aman dari azab kubur.
Diriwayatkan dari Imam at-Turmuzi dalam himpunan hadis dari Abdullah Bin A'mru telah berkata: Bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam:
Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.
(Berkata al-Albani dalam Ahkam Janaiz, hadis yang dihimpunkan dari pelbagai toriq adalah hasan atau sohih).
Jelaslah hadis ini menunjukkan kelebihan bagi sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat menunjukkan baiknya pengakhiran seseorang itu (Husnul Khotimah). -Rujukan di SINI

Jadi pada semua yang tak suka bercuti hari Jumaat tu bawak2 la Istifar yer.. Jangan sebab tak boleh bersosial je kita rasa Jumaat hari yang membosankan sedangkan banyak perkara baik yang kita boleh manafaatkan di hari Jumaat.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

13 comments:

  1. alhamdulillah setakat nie saya tiada bantahan untuk bertukar cuti mingguan..

    ReplyDelete
  2. kalau selangor nak buat macam johor jugak, saya sokong!
    cuti hari ahad lebih kepada masyarakat kristian
    mereka "beramal" pada hari tersebut
    malaysia kan negara islam

    ReplyDelete
  3. yup betul tu yana yani.. saya pun tak kisah selangor/kl cuti jumaat sabtu. lg bagus selaraskan semua negeri cuti jumaat sabtu lg senang. kata negara Islam kan..

    ReplyDelete
  4. kalau selaraskan 1 negara kan best. huhu. ad yg cuti jumaat, tapi ada yg tak. sush jgk cmtu

    ReplyDelete
  5. ada org x suke cuti hari jumaat sbb jumaat mcm halfday keje.. jd klau cuti jumaat sabtu, x dpt la halfday.. terutama goverment (x smue).. drpd pengalaman praktikal dulu..

    ReplyDelete
  6. Tidak ada satu hadis pun yang menyatakan cuti pada hari jumaat itu lebih baik yang ada ialah hadis yang menyatakan untuk umat islam mencari rezeki sesudah menunaikan solat jumaat, bermakna perlu kerja.

    ReplyDelete
  7. takpe anonymous kalau tak paham.. dalm entri ni pun tak kata ada hadis kata cuti hari JUmaat tu baik cuma kalau cuti senang kita nak buat benda2 yang baik. yelah tak payah rushing.. tak payah pk esok kerja.. jadi senang nak buat amalan2 sunah malam Jumaat.. boleh tido lewat sikit bila Jumaat tu cuti. Anonymous.. tak paham.. baca 2 kali

    ReplyDelete
  8. sokong cuti Jumaat..tak dela kaum muslimin terkejar-kejar nak gi masjid kan...

    ReplyDelete
  9. Aku sokong cuti hari jumaat. mudahnya solat jumaat, hadir masjid dalam keadaan tubuh badan suci dan bersih dengan niat kerana Allah swt

    ReplyDelete
  10. salam Mummy lala..

    huhu..cuti hari ahad tu sbnrnya propaganda yahudi..diorgkan sembahyang hari ahad.
    cma sokong kalu mesia nk buat jumaat dan sabtu sbgai cuti hujung minggu :)

    ReplyDelete
  11. ♥ Cmª shIemª ♥
    Cuti hari ahad adalah hari peribadatan nasrani, bagi yahudi pula harinya ialah sabtu

    ReplyDelete
  12. saya suka hari jumaat kerja sebab seronok kerja hari jumaat pasal sabtu dah cuti. pastu dapat solat jumaat macam dapat rehat dan segarkan minda. takde isu malam jumaat baru nak amalan lebih pasal sy hari2 buat qiamullail. takde masalah kerja esoknya.

    ReplyDelete
  13. Bukan pasal malam bila2 pun boleh buat amalan sunat... tp malam Jumaat kan lebih afdal utk org merebut lebih pahala. Kalau Anon ok.. maybe org lain rushing dgn kerja. Yelah.. tak semua org kerja se rilex anon kan?? kita kena fikir majoriti jugak

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com