PERLU KE SERANG PEREMPUAN YANG MENGGATAL DENGAN LAKI KITA?
Aku bukan la nak cerita pasa gosip dia dengan laki orang tapi aku just nak komen pasal pendedahan isteri kepada boipren Hanes suraya tu. Dari pandangan mata aku bini boipren Hanes Suraya perempuan baik2.. tengok muka pun jernih je. Bercakap pun sopan je tapi mungkin ada yang akan anggap dia tak baik jugak sebab tampil membuat kenyataan dalam mielodi tentang skandal dia & hanes suraya tu. Kadang2 demi menyelamatkan sebuah rumahtangga ni ada yang terpaksa membuka aib pasangan sebab sesetengah orang kadang2 lagi di sorok lagi rancak dia dok buat onar dengan perempuan lain. Yelah.. bini simpan rahsia semua dalam selimut jer apa nak takut kan.. Buat perangai pun orang dok nampak dia laki gud gud jer.. Sebab manusia ni kebanyakkan lebih takut dengan pandangan & mulut manusia lain dari pandangan Allah sebab tu la dia tak takut kalau Allah je tahu tapi orang lain tak tahu. Memang realiti macam tu.. tak payah nafikan, betul tak?
Di peringkat ni aku tak boleh terima kalau kata dah jodoh.. sebabnya belum terjadi ijab & kabul maka kegatalan itu adalah milik si jantan laki orang dengan di perempuan yang tergilakan laki orang.
Betul la kata orang lelaki di uji saat dia punya segalanya.. Kalau dari cerita bini si boipren hanes suraya tu.. mereka berkahwin dari asben dia takde apa2 sampai dapat menikmati hidup mewah & mampu memiliki kereta ferari. Patut la retis tu tergedik sangat even laki orang pun tetap dia nak jugak. Bayangkan jantan tu pakai proton saga, gamaknya perempuan tu pandang tak. Tapi kita sebagai bini yang memang kenal laki kita saat dia takde apa2 sampai ada apa2.. memang sentiasa pandang laki kita walau dari naik proton saga tetiba kena naik beca. Pun macam tu masih ramai lagi suami2 yang lupa diri saat di uji dengan kekayaan.
Moga2 kita tak tergolong dalam golongan isteri yang di uji dengan kecurangan suami. Sakitnya.. hanya orang yang melalui sahaja yang rasa. Yang merampas memang sedap la tumpang senang.. yang di rampas walau masih hidup senang tapi susah untuk tenang. Ambik masa jugak la nak terima tu. Memang soal jodoh bukan kuasa kita tapi soal menggatal tu adalah 100% datang dari nafsu merenyam manusia. Sekian terima kasih.
P/S : pendapat setiap orang tak sama, tak bermakna aku kata aku betul cara korang yang mungkin berlawanan dengan pendapat aku tu salah yer...
tadi ada terbaca cerita ni dekat kosmo
ReplyDeletetak tengok melodi semalam, emm
macam-macam ye, bila dah senang gitulah
yang jadu mangsa isteri dan anak-anak
tapi yelah, jodohkan...
aduhai, kuatnye kesabaran isteri boifren hanez tu.. dah tu hanes kalu dah berkapel ngn suami org, pandai2 la bawak diri..buat cara yang elok kalu betul nak kawen. ni tgk cm stok geli geli jerk...
ReplyDeletehmm..momoy pun sependapat dengan sis
ReplyDeletecara bini dia memang brilliant
tak perlu malukan diri
tadi baca kat FB hanez ni kata bini BF dia nak malukan dia
dan dia di pihak yg benar, so dia x takut
tetiba pula jadi confuse dengan si hanez ni
dia ni faham ke tidak bila kuarkan statement
nampak macam bodoh sombong sangat sorry hanez
sungguh... baru buat status tentang ni, before ni malas amik kisah pasal artis tapi kali ni geram!!
ReplyDeletesalam mami lala..
ReplyDeletehuhu..harap kes ni selesai dgn cara baik..
Hem. .ada2 sja yg di lkukn arts ini..
ReplyDelete