3 GADIS PAILANG AKHIRNYA DI HANTAR KE SEKOLAH PEMULIHAN

7/11/2014 12:15:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Mesti ramai yang still ingat kes video 3 budak perempuan berpakaian sekolah yang gelar diri dorang konon Pailang sebelum membelasah seorang remaja perempuan kemudian di record perilaku tu & dengan bijak bistari jayanya pi upload then menjadi viral sehingga menyebabkan video tu menjadi kes polis & akhirnya mereka di tahan & di dakwa.


Tadi terbaca artikel dari berita harian katanya bebudak 3 orang tu akan di hantar ke sekolah Tunas Bakti.. kalau yang tak tau sekolah tunas bakti tu apa.. kira macam sekolah pemulihan bagi pelajar yang bermasalah la macam pusat pemulihan akhlak. Alahai kesiannya... di bulan ramadan & tak berapa minggu lagi nak raya kena hantar jauh dari family.

Sumber Berita Harian

Nak buat camna dik... Setiap perbuatan tu ada balasan. Tak kat dunia, akhirat nanti. Apapun moga jadi pengajaran pada remaja2 lain. Tak payah nak pailang sangat & sebar satu dunia konon samseng alih2 samseng tak kemana, padah yang dapat. 3 lawan 1 tak pailang mana pun dik...

Moral of the Pailang story.. Pailang dah kena palang, Moga dua tahun di Tunas Bakti keluar jadi manusia berguna lah yer dik. Apapun akak doakan korang semua baik baik saja kat sana nanti. Jangan sesedih.. Perancangan Allah tu adalah yang terbaik. Kalau korang tak di sedarkan dari sekarang mungkin akan datang akan jadi lebih teruk. Syukur Allah masih sayang korang & taknak korang terlanjur lebih jauh.

7 comments:

  1. buat benda macam takde otak.. haihh.. risau pk masa depan anak anak nanti..

    ReplyDelete
  2. Tu makan dia. Hehe.. Konon pailang sangat la.

    ReplyDelete
  3. kita anggap je hukuman ni umpama hidayah Allah untuk adik adik ni.

    ReplyDelete
  4. banyak benda boleh buat... jadi pailang jugak pilihan kau pilih...

    ReplyDelete
  5. haihhh
    budak2 zaman sekarang
    tak tahu lah nak kata macam mana dah

    ReplyDelete
  6. pailang sangat. hambikkk 2 tahun tu. lepas tu kat sana tengok boleh pailang ke tidak. hihi
    kesian sangat tengok adik yang kena buli tu. semoga jadi pengajaran pada 3 org tu dan kita semua juga

    ReplyDelete
  7. saya tak pernah menonton video tu, takut
    apapun mereka dah dihukum
    moga keluar nanti menjadi insan yang berguna
    bial nak menghakimi manusia, kena hakimi pengakhiran
    bukan permulaan kan cik lekit
    manusia berubah

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com