PENTING UNTUK IBUBAPA TAHU TENTANG LITTLE SCIENTISTS

7/08/2014 08:00:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

Pernah dengar tentang Little Scientists? Mungkin ada antara kita yang dah tahu tentang little scientists ni & mungkin ada yang belum tahu. Bagi yang belum terutama ibu bapa, apakata jom kita ambil tahu untuk pendidikan awal anak anak kecik kita.


Little scientists ni adalah satu program pembelajaran kanak kanak seawal 3 tahun hingga 7 tahun yang memperkenalkan kepada kanak kanak tentang dunia sains. Kanak kanak di ajar menggunakan imaginasi dengan eksperimen yang di tunjukkan contoh seperti belajar mencampurkan warna seperti kuning dan biru maka terhasilah warna hijau. Pembelajaran begini dapat menarik kanak2. Yelah.. budak2 kan.. apa yang nampak macam magic tu la yang paling senang untuk buat mereka tertarik sebab tu cerita2 dogeng mudah memancing kanak kanak untuk menonton. Jadi elok la kita tukarkan cerita dogeng dengan sains supaya apa yang mereka belajar itu lebih berilmiah. Mampu meransang perkembangan otak mereka sejak dari kecil.


Bukan tu je program ni mampu meransang kanak kanak untuk berfikir seperti seorang saintist bila mereka mula melakukan eksperimen mudah & menarik seperti macam dalam gambar di bawah ni. kanak kanak di ajar mengenal tumbuhan & menanam pokok. Dengan tanah pasir bagai.. memang suka la budak main tanah bagai ni  jadi memudahkan mereka untuk belajar. Cara ini mengajar anak anak kita berfikir & belajar bagaimana untuk membuatkan sepohon pokok itu tumbuh & membesar.


Dan ini pula cara menghasilkan buih pelangi..Cara ni pulak boleh mengajar anak2 kita menghasilkan permainan yang menarik dengan benda2 yang ada dalam rumah seperti sabun pencuci pinggan, pewarna & air. Dah jimat tak perlu beli buih sabun untuk main bubble kan dalam pada masa yang sama kanak kanak belajar mengabungkan semua bahan ni untuk menghasilkan permainan yang menarik & berilmiah. Dengan eksperimen macam ni sudah tentu buat kanak kanak terasa hebat seperti seorang saintist yang mampu menghasilkan sesuatu yang menarik dari gabungan bahan bahan tersebut. Rasa bangga pada pencapaian mereka tu jugak mampu buat seorang kanak kanak semakin bersemangat untuk belajar.


Little scientists jugak ada program berbentuk Islamik.. bagaimana Sains & Islam itu berkaitan seterusnya mengaitkan sesuatu kejadian dengan kuasa Tuhan.
Selain pengetahuan sains, program ini menekankan pembangunan kanak-kanak.Mereka juga diajar untuk mempunyai sikap dan Adab Islam.Boleh rujuk video kat bawah ni bagaimana pembelajaran berbentuk Islamik di jalankan..

 

Aku setuju dengan Pengacara rancangan Assalamualaikum Tv Alhijrah Nurazidah Mohamed yang mengendali  Slot Little Scientists, yang katanya program little scientists sangat bagus untuk kanak kanak kerana Ilmu sains yang akan diketengahkan dalam program ini bukan sahaja mengenai sains semata-mata, ia akan dikaitkan dengan islam seperti sunnah dan siapakah pencipta disebalik kewujudan sains. Jadi bukan pendidikan berasaskan akademi semata mata tapi spiritual juga dalam mengenal pencipta alam ini.

 Pengacara rancangan Asslamualaikum Nurazidah

Video di bawah adalah dari rakaman rancangan Assalamualaikum Slot Little Scientits dimana kanak kanak di ajar mengenai tekanan udara dengan menggunakan peralatan mudah 



Apa yang paling penting adalah anak anak kecik kita tu boleh belajar sambil bermain sebab budak2 ni kalau nak ajar macam kat sekolah memang dorang tak mampu fokus. Yelah seawal usia 3 tahun.. tu masa main dorang la kan. Jadi pembelajaran bentuk permainan sains ni  mampu menarik minat mereka untuk belajar seperti yang terdapat dalam program Little Scientist ni selain tu mengajar anak kita untuk bergaul & berinteraksi dengan kawan2 bila mereka belajar & bermain secara berkumpulan. Itu pun sangat penting untuk perkembangan kanak kanak.

Yang berminat dengan program Little Scientist ni jangan lupa dengan wawancara khas di Radio IKIM pada 9 Julai ni pada pukul 6.15 petang. Atau untuk maklumat lanjut korang jugak boleh tengok kat sini aktiviti & program yang terdapat di Little Scientists
 
Website: www.LittleScientistS.com
Online Shop: www.LittleScientistS.com/shop
Youtube Channel: http://www.youtube.com/littlescientistvideo

Facebook :  https://www.facebook.com/TheLittleScientists?fref=ts
Twitter : www.twitter.com/Lil
Instagram : www.instagram.com/theLittleScientistS

3 comments:

  1. Bagus program ni kan...yg paling penting seawal usia 5/6 tahun sudah diterapkan bahawa sains dan Islam sgt berkait rapat..

    ReplyDelete
  2. first time saya dengar ni, macam tadika ke?
    kalau penganjurannya sekali sakala, nak juga antar aisy dengan afif =)

    lama tak jengah sini, sibuk lepas berpindah
    lala dah sihat ke?
    apapun selamat berpuasa ye cik lekit
    minta maaf kot ada salah silap selama saya tinggalkan komen kat sini
    kosong kosong ye =)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com