YANG PEREMPUAN SELALU PAKAI TAPI NAMPAK HODOH DI MATA LELAKI

1/24/2015 02:09:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Perempuan & fesyen memang sinonim la kan.. Dari hujung kepala sampai hujung kaki nak nampak stylo ja. Tapi tahukah hangpa ada benda yang ramai perempuan suka pakai kebanyakkan lelaki nampak buruk & akan kutuk korang samada secara berdepan atau kutuk belakang2 jer sesama kawan2 depa bila nampak anda melintas depan depa.

Aku tak mau bagi contoh yang banyak... Kat sini aku bagi 2 contoh ja apa yang menjadi trend sekarang & ramai perempuan pakai tapi sebenarnya di cemuh lelaki..

1. Gincu warna terang


Warna terang memang sangat digemari oleh gadis. Ini kerana semua gadis dapat menukar dari rupa bosan kepada lebih 'high class'.
Tapi bukan warna terang pada gincu itu yang dibenci lelaki, tetapi pada kesan yang ditinggalkan. Apabila kamu minum air, gelas tersebut tentu akan berbekas kesan gincu anda, tak kurang juga pada makanan anda. Pada lelaki ini sangat digeli!

P/S : kadang2 bukan pasal melekat kat gelas.. sesetengah lelaki nampak buruk perempuan berlipstik terang.

2. Wedges

Semua gadis percaya wedges sangat selesa berbanding dengan heels yang tumit runcing. Dan jika anda memakai stiletto pastinya anda akan tersangkut pada lubang yang terbuka dijalan. Tentunya wedges tak jadi sebegitu. Namun lelaki pada mata mereka melihat wedges ini sama seperti Ugg Boots, nampak seperti memakai batu bata.Lelaki juga merasa seperti berat untuk membawa batu-bata ini berjalan.

Selebihnya kalau hangpa nak tau apa lagi fesyen yang di cemuh lelaki boleh baca kat portal Ladylista yer. Banyak info tentang tips kecantikkan, fesyen & gaya hidup terkini. Jugak isu2 semasa & dunia hiburan.

P/S : Tak payah tacing sangat la kan.. Anggap je lelaki depa bukan faham sangat pasal fesyen perempuan hahahahaha.

3 comments:

  1. i'm ok with that.. unless pakai tak kena tempat.. bayangkan gi pasar pun nk bergincu merah terang benderang bagai.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. Salam. Hee bibir tebal mcm angelina jolie gitu.

    ReplyDelete
  3. Gambar perempuan pakai gincu terang tu apasal so tempting macam nak minta kena belasah jerk? Akak pernah sekalilah pakai bold colour macam ni. Akak pakai dark chocolate lipstick pastu buat pasal nak pi majlis kenduri kahwin sedara. Mak akak terus 'ban' akak daripada naik kereta tapi akak berjaya memboloskan diri. Bangga weyh pi kenduri kahwin duduk bawah khemah tengah panas berdeting dengan lipstik tak luntur dek nasi minyak!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com