Kalau yang membesar tahun 80an & 90an mesti ingat cerita ni. Filem kerjasama indonesia & Malaysia yang waktu tu memang antara filem paling seram paling menakutkan selain sundelbolong. Filem lakonan Noor Kumalasari yang pegang watak sebagai hantu. Memang masa tu.. seram giler tengok muka dia dengan mata bulat. Kalau sebut tajuk ramai yang masih ingat keseramannya.. Misteri rumah tua.
Filem ni mengisahkan Sebuah banglo lama yang pernah berlaku satu pembunuhan kejam. Seorang wanita tengah mengandung di rogol kemudian di bunuh. Akibat dari pembunuhan kejam tu dia menjadi roh yang tidak tenteram & berdendam. Bila ada sekumpulan remaja datang kerumah tu membuatkan roh hantu kembali hidup & membalas dendam. Kebetulan ayah pada salah seorang remaja yang datang tu pernah terlibat dalam kes rogol & bunuh hantu tu. Bermula dengan satu patung yang hidup semula & jadi pontianak yang menyeramkan. Maka berlaku macam macam kejadian seram semasa mereka dia rumah tu.
Tapi ending cerita ni hantu ni jadi baik hati. Dia berjanji akan lepaskan semua remaja tu dengan syarat mayat dia mestilah di semadikan dengan baik & Sebab dia mati semasa mengandung, anak dia perlu di keluarkan. Ada babak anak dalam kandungan dia keluar melalui mulut. Antara babak2 seram yang aku masih ingat sampai sekarang. Pontianak beranak ikut mulut. Masa aku tengok cerita ni aku budak2 yang tak faham apa2.. so aku ingat memang orang beranak ikut mulut la hahahaa.
Moral of the story... Maybe pelakon sekarang jadi hantu pun still tak mau nampak hodoh tu la hantu pun kita tengok rasa nak naik hantu sebab tengok muka pun tak seram apatah lagi tengok dia berlakon. Alih2 orang yang tengok pulak jadi lagi seram dari watak hantu. hahahaha
7 Komen Melekat:
Tak pernah tengok cerita ni.... sinopsis macam best gilossss....
Takut tengok mata noorkumalasari dalam cerita tu. Memang seram.
sudahh..
cite pontianak la plakk
Pengabdi Setan filem indonesia dulu pun seram gak. Kat youtube ada full movie
Tengok cerita ni masa lagi kecik...so ingat kan org beranak keluar dr mulut....hahahahaha
Scariest movie ever that i watch during my chilhood time 😱
Apa nama filem ni?
Sy tgk masa SEKOLAH rendah
saya pon macam penulis cerita ni. penah tengok cerita ni masa kecik2 dulu. mmg ingat beranak mmg ikut mulut...hehe
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini