SYARIKAT PENERBITAN MAJALAH UJANG & APO DI TUTUP
Tapi bila terbaca Syarikat Penerbitan Majalah Ujang & Apo, MOY publication di sahkan tamatkan operasi sejak semalam... Alahai.. tetiba mood bertukar sephia tone. Yelah.. kalau drama nak flashback je mesti terus effect sephia tone. Terkenang saat kegemilangan majalah Ujang.. Yang mana aku baca cerita Aku budak Minang sampai nangis2. Even komik banyak unsur lawak tetap cerita tu menyentuh perasaan.
Yelah.. bukan salah sesapa. Zaman dah berubah. Generasi sekarang berapa kerat nak baca buku komik macam tu. Semua busy dengan semakpon. Semua layan pesbuk.. semua tengok muka2 kelakar kat Instagram... Banyak muka kartun kat situ. Mulut muncung.. mata bulat jadi sepek.. mata sepek jadi bulat.. Orang sekarang semua baca atas tapak tangan je.
Nak2 lagi kat Malaysia ni macam2 cukai ada... Maka semua jadi mahal. Nak beli suratkhabar lama pun fikir 10 kali apatah lagi nak beli majalah. Bila komik dah bukan trend.. Tak mustahil la jualan tak mampu menampung kos operasi syarikat. Tapi kesian kat kartunis2 yang selama ni dok cari makan dengan melukis & menulis komik. Tapi takpe.. Insya Allah ada rezeki lain.
Apapun.. Walaupun tiada lagi keluaran majalah Ujang yang baru tapi tetap terpahat siap berukir lagi kenangan sewaktu kita bersama... Terima kasih sebab pernah buat aku gelak dulu.
Moral of the story... kartunis2 yang takde kerja apa kata buat cerita lawak dalam blog pulak. Manatau boleh buat majalah komik online. hehehe
terkejut baca entri ni...sedangkan satu masa dulu majalah ujang ni ditahap tonggi..tak sangka betul
ReplyDeletesedihnya.. dulu suka baca ujang ngan apo.. siap beli satu edisi keluaran buku aku budak minang tu.. bestttt~ T_T
ReplyDeletesian nye akak dulu pon peminat tegar majalah ujang dan apo.... lama dah tak beli...ehem!!! kite sama la dik kalau baca mesti gelak sorang2 cam orng gile....hahaha....
ReplyDeleteBiar betul dulu2 suka layan 2 majalah tu
ReplyDeletesedih kan suria komik kita baca since kecik dah sampai penghujungnya! :( jom baca entri terbaru
ReplyDelete