MAAF PENYOKONG FANATIK USOP, ELICA JUARA MENTOR MILENIA 2017
Persembahan pembukaan memang cukup bertenaga.. Memang sesuai sangat buat orang warm up. Dari Band Indonesia, Nidji. So, persembahan pembukaan tak ada komen apa - apa.. segalanya ok!
Walaupun ramai yang boleh teka apa akhirnya drama final mentor milenia 2017.. Alang2 dah follow dari awal, aku follow jugak la final ni. So, ada bahan nak komen katanya. hahahaha.
Pusingan pertama.. protege pertama Elica duet dengan penyanyi jemputan Hael lagu ceritera cinta. Mungkin lagu tak cukup power buat persembahan elica starting agak boring.. hujung2 baru nampak energy vokal elica tu. Keseluruhan persembahan pusingan pertama elica, ok not bad.. juri awam bagi full mark 20 markah. Komen juri jemputan Ogy Ahmad Daud.. kak Ogy cakap dia suka arrangement persembahan tu.. cuma chemistry katanya kurang. Dato Hattan tak mau komen banyak katanya dah ke final semua protege antara yang terbaik. So, dia percaya elica boleh pergi jauh. Dato hattan.. Tahun depan jangan bagi dia jadi juri dah ok! hahahaha. Tapi Akim tetap puji protege dia.. Memang setiap mentor mesti kena cakap perkara yang positif pasal protege dia untuk meraih undi. So akim buat benda yang betul.
Along duet dengan siti nordiana.. lagu memori berkasih. Suara Along nyanyi lagu ni serius not bad Along. Starting nampak dia rilex lagi. Rasa lagu ni memang sesuai dengan vokal Along.. Nampak macam mengembalikan nostaliga Acik & nana. Cuma rasa connection antara Along dengan Nana tu agak kurang. Macam masing2 buat hal sendiri je atas stage. Kesimpulannya persembahan memang agak baik dari Along malam ni. Juri awam bagi 17 Markah. Dato Hattan komen.. Katanya agak ok cuma dia rasa Along boleh buat lebih dari apa yang dia buat tadi. Kak Ogy komen.. tiada kreativiti. Bermaksud di nyanyikan sama seperti penyanyi asal. Aku rasa better nyanyi dalam versi asal dari ubah sampai dengar tak sedap. dato hattan tak setuju dengan kak Ogy tapi setuju dengan pendapat tomok yang rasa tak perlu ubah apa2 dalam lagu tu kerana lagu tu dah cukup sedap. Kak Ogy kata Along nampak nervous.. Tu la kelemahan Along. dia agak nervous even sampai final. Apapun Along dah buat yang terbaik. Kena perlu hilang mimik wajah gemuruh tu setiap kali buat persembahan.
Usop duet dengan artis jemputan salma, lagu Malam. Macam biasa je persembahan Usop. Usop ni kalau bawa lagu yang lain dari kebiasaan dia bawa kadang2 agak berisiko. Tapi dia bawa lagu yang memang makanan dia ok la.. Walau nyanyi high note pun aku tak rasa hebat sangat. Macam feel tak berapa sampai. Juri awam bagi 19 markah. Komen Dato Hattan biasa la.. tiada apa yang tak bestnya Usop melainkan yang best best belaka. Ogy komen.. suka arrangement atas pentas masa persembahan usop. Salma power nyanyian dia.. tapi kak ogy cakap usop masih kena belajar menyedapkan nyanyian. Bagi kak Ogy usop masih belum sampai ke level yang dia nak. Tapi tengah2 komen dah kena cut. Macam biasa juri kena puji usop katanya hahaha
Syeera duet dengan artis jemputan misha omar lagu di pintu syurga. Macam biasa lagu tu akan di bawa lain daripada lagu asal. Di bawa dalam irama malaysia. Kreatif tapi ntah la macam ada yang tak kena. Tak tau nak cakap kat mana tak kena.. nak kata tak sedap pun sedap jugak cuma tu la.. rasa macam ada yang tak kena. Nampak syeera kurang menjerit untuk lagu ni. dia dah boleh control dari menjerit. Juri awam bagi 19 markah. Dato Hattan puji black yang berani mencuba mengolah lagu tu. Kak Ogy pun puji black dengan keberanian black yang berani menampilan kelainan walau mungkin agak berisiko. Cuma dia tak suka lighthing atas pentas sebab menganggu persembahan.
Memang kejutan besar elica juara. Mesti ramai yang menangis malam ni usop tak menang. Jangan pertikaikan elica menang yer.. selalu orang kritik usop hangpa kata orang dengki dengan rezeki usop.. sekarang hangpa jangan dengki dengan rezeki elica ok! Peace yo!
Kecewa juga Usop x menang tapi dah boleh agak juga Elica juara mentor lepas, Elica dinobatkan juara kategori pilihan juri. Apapun2, tahniah kepada semua, kerana berjaya sampai ke peringkat akhir.
ReplyDeleteSaya penyokong elica..usop pun ok..masa starting dulu2 je suka dia.heheh..tapi x dinafikan usop pun okey..elica memang konsisten dengan usaha ye.. x silap saya ,akim ada nasihat elica suruh relax je masa nyanyi sebab yang penting ye kita nak hiburkan pendengar..ni saya tgk masa jurnal mentor pukul 6ptg
ReplyDelete