INFO MENARIK TENTANG BEG TANGAN BERJENAMA BIJAN
Mesti ramai nak tahu apa yang buat Beg Tangan Jenama BIJAN ni mahal tahap nirrojim. Ni fakta menarik yang maybe hangpa nak tau tentang Beg Tangan Jenama BIJAN ni
• Setiap rekaan dikatakan akan hanya ada beberapa unit. pendek kata eklusif la
• Setiap unit pula boleh direka dengan lebih spesifik berdasarkan kehendak pelanggan.
• Diperbuat daripada kulit buaya yang berkualiti tinggi.
• Boleh ditambah dengan hiasan seperti batu permata dan perincian lain yang mahal dan eksklusif.
• Diperbuat dengan tangan (handmade) oleh mereka yang berkemahiran tinggi.
• Klien yang berminat mahu dapatkan beg tangan bijan mesti buat temujanji di butik Bijan.
• Harga setiap unit boleh mencecah ratusan ribu sehingga ke jutaan ringgit.
Info Tambahan Jenama Bijan:
• Sebelum mereka beg tangan, jenama Bijan lebih dikenali sebagai pembuat pakaian lelaki (menswear), minyak wangi dan aksesori.
• Hanya beberapa tahun kebelakangan ini Bijan mengeluarkan beg tangan wanita.
• Bijan terkenal dengan prinsip memfokuskan produk mereka kepada 1% populasi dunia (yang pastinya terdiri daripada golongan elit, kerabat diraja dan pemimpin tertinggi dunia).
• Cara yang betul untuk sebut jenama Bijan ialah “Bi-Jhen”.
P/s : kalau den kaya.. Gamaknya apa den nak buat koleksi. Handbag macam tak berapa taste je nak kumpul..
yE KE KENA TEMPAT, MACAM pernah tengok ada jual kat Selayang mall je, nak minta kat hubby untuk birthdaya tahun ni, dia mesti beli punya!
ReplyDeleteSeronok betul jika nama BIJAN diterbalik susunan dari belakang ke depan ia akan menjadi NAJIB. :)
ReplyDelete