RESEPI NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH PALING MUDAH

10/24/2019 08:23:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

RESEPI NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH PALING MUDAH. Jarang jarang sungguh dapat membelai blog kesayangan ni. Bukan tak ada cerita nak update cuma masa sangat jeles.. Almaklum la bila ada baby ni.. sangat sangat terhad masa terluang. Cuma sempat membawang holand kat FB jer katanya hahahaha.

Di kesempatan yang tak berapa sempat sebenarnya.. Update jugak la resepi untuk hari ni. Ni pun berepisod juga la nak siapkan. Tapi Alhamdulillah berjaya juga la siap.

Hari ni nak share cara paling mudah nak masak nasi Tomato bersama Ayam masak merah. Tu memang pasangan dia la kan.. Kalau nasi tomato wajib ayam masak merah. Kalau tak derhaka ok! hahahahaha



Jadi moh ler kita ke segmen dapur melekatlekit sekarang..

Nasi Tomato

Bahan bahan

3 cawan beras (Saya guna beras biasa bukan beras basmati)

2 sudu Tomato Puree

Setengah cawan susu cair

Bawang Besar 1 biji (size kecil)

Bungan lawang

Bunga Cengkih

Kulit Kayu Manis

Sedikit minyak masak

Sedikit Mentega

Air

Garam

Gula

Cara Memasak

1. Basuh beras & rendam seketika. Saya rendam sekejab jer dalam 15 minit sebab kejar masa

2. Panaskan sedikit minyak masak, masukan sedikit mentega & tumiskan bawang, kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih sampai laju & naik bau

3. Masukan tomato puree & susu cair & kacau. Biar sampai mendidih

4. Masukan garam, gula (secukup rasa), Beras & gaul agar sebati dengan bahan lain.

5. Tambah air mengikut sukatan beras.

6. Biar sampai masak, Dah kering nasi kacau sedikit guna garfu

7. Siap dah nasi tomato yang simple tapi sedap.



Ayam Masak Merah

Bahan bahan

4 Ketul ayam (Di gaul garam & kunyit & goreng separuh masak)

7 biji cili kering (di rebus)

2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

seinci halia

2 sudu tomato puree

1 Batang serai (di ketuk)

Bunga Lawang

Kulit Kayu manis

Buah pelaga

Minyak Masak

Cara Memasak

1. Blend @ Kisah bawang besar (sebiji), bawang putih 3 ulas, Halia seinci & Cili kering yang dah di rebus terlebih dahlu.

2. Panaskan minyak masak tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & serai kemudian masukan bahan kisar. Masak sehingga pecah minyak.

3. Dah pecah minyak bahan tumisan tadi masukan 2 sudu tomato puree gaul sebati

4. Masukan ayam yang dah di goreng separuh masak. (Kalau pekat sangat boleh tambah air sikit)

5. Biar sampai ayam masak & tambah garam secukup rasa.

Sedia untuk di hidangkan.


Kalau resepi den memang yang mudah mudah belaka. Sebabnya sasaran den yang baru berjinak jinak masuk dapur. Kang bagi resepi susah susah dia tak jinak dia jadi liar... langsung tak nak belajar masak pulak kan?

Resepi nasi tomato & Ayam masak merah ni pun ada macam macam versi. Ikut tekak memasing la kan. So tak perlu jadi pertikaian.. lain orang lain cara memasak & bahanya tapi normally bahan basic sesuatu masakan tu kebanyakn sama maybe bahan perasa tambahan je mungkin sedikit berbeza mengitu citarasa masing masing.

Apapun selamat mencuba resepi mudah dari dapur lekatlekit. Insya Allah sedap hingga menjilat pinggan. Jimat air tak payah basuh. kekeekeke

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com