Filem ni pernah jadi kontroversi sebab ada babak bercium hero & heroin nya. Filem ni mengisahkan tentang Isabella (Nia Zulkarnaen), gadis Indonesia yang tinggal di Malaysia, yang bercinta dengan Amy (Amy Search), penyanyi rock. Kerana imej rock Amy, ibu bapanya (Robert Syarief, Ida Kusumah), melarang isabella berkawan dengan amy kerana terpengaruh oleh berita-berita rusuhan akibat persembahan rock di Jakarta. Tapi di sebalik imej Rock, Amy adalah seorang yang rajin beribat . Mereka cuba menyatukan Isabella dengan Robby (Alan Nuari), walaupun tidak di sukai Bella. ibu bapa Bella dipindahkan ke Jakarta. Amy sedikit kecewa. Menghalang di halang berhubungan melalui telefon semasa Isabella di Jakarta. Kawan2 dari kumpulan rock Amy cuba campur tangan untuk membantu hubungan Amy & Isabella. Kedatangan mereka ke Jakarta untuk menyelesaikan masalahnya dengan ibu bapa Bella tak berjaya. Kebetulan Amy ke jakarta untuk membuat persembanan. Robby tahu Isabella tidak suka di jodohkan dengannya cuba memperkosa. Apabila ibu bapa Isabella tahu mereka menyesal & memutuskan hubungan Isabella dan Robby. Dan kerana kisah cinta bersama Isabella, Amy mencipta lagu & akhirnya kumpulan mereka popular dengan lagu tersebut.
Tapi serius lakonan Amy search dalam filem ni agak kaku. Yelah.. dia bukan muncul sebagai pelakon kan tapi sebab populariti dalam nyanyian dia di tawarkan berlakon. Berbanding heroin dari seberang lakonan dia lebih hidup. Sebab dia memang seorang pelakon.
Filem ni tak silap di terbitkan tahun 1990an. Antara pelakon yang membintangi filem ni adalah..
Amy Search
Nia Zulkarnaen
Ida Kusumah
Suhaimi bin Abd Rachman
Julia Rais
Nasir Search
Kid Search
Din Search
Yazid Search
Robert Syarif
Alan Nuari
Yetti Sardjio
Diding Boneng