CNY holiday dah pun berakhir.. Walaupun raya cina tapi semuanya cuti & holiday sempena CNY.. well kita kan 1 Malaysia, rite???
Apa cerita holiday korang?? Paling banyak cerita balik kampung la kan?? Sama la ngan aku.. aku manafaat kan cuti dengan.. hohoho.. balik kampung.. hohoho..balik kampung.. hati girang. Tapi aku balik 2 kampung.. erkk!! napa terkejut lak?? No.. No.. bukan kampung hubby tp insyaallah bakal hubby (Moga Tuhan mempermudahkan yer..)
Takde pic lak masa bercuti. Ntah napa macam tak ingat lak nak bergambar. Kalau tak aku memang kuat memodelkan diri. Apapun rakaman paling berharga ada kenangan. Biar la dia dok dalam hati.. Insyaallah kekal di ingati.
Uolls.. aku nak kongsikan serba serbuk apa yang sedang bersawang kat kepala otak aku. Kenapa Uolls bila kita merancangkan sesuatu yang baik.. perjalanan menuju ke destinasi tu melalui pelbagai dugaan? Macam2 perkara menyelit, mencelah.. menyibuk. Pun begitu aku tetap berpendapat.. Sesuatu yang paling berharga adalah sesuatu yang sukar di miliki.
Sepanjang tahun ni walau baru awal tahun.. dah macam2 jadi. Sepanjang minggu ni pun sama. Manusia pendengki.. khianat.. sentiasa memerhati mencari ruang untuk musnahkan apa yang sedang aku rancangkan. Pada segayung manusia itu, percubaan yang amat bagus kerana percubaan berani mati sampai sanggup amik risiko tinggi semata2 tak senang tengok orang lain senang. Op's apa kes lak ni kan??
Apapun segayung manusia itu.. tahniah sebab mencuba walau gagal. Dan terima kasih sebab buat camtu. Bukan apa at least dia belajar sesuatu yang dia tak tahu sebelum ni. Percubaan berani mati tu akan bagi pengajaran yang paling berharga iatu.. setiap perbuatan ada balasan & negara ni ada undang2.
Apa yang telah berlaku & mangkuk itu buat biarlah tak di catat kat sini.. Masing2 ada life (macam katanya la) so jaga la spender sendiri jangan nak sibuk2 tanya underwear orang apa brand padahal ko punya underwear cap itik gantung jer.(*sekadar kiasan pada orang yang bz body. Takde kena mengena ngan kes underwear sapa2 k)
Pada mangkuk itu.. Udah2 la mendengki tak tentu pasal yer. Takde angin, takde ribut & takde tsunami tiba2 je ko buat camtu. Apa motif tak pasti yang pasti PHD (Perasaan Hasad Dengki). Dari angin sepoi2 bahasa thai, tiba2 angin kencang berbahasa Nigeria datang. (matila banyak sangat kiasan korang pun tak tau apa kes).
Takpelah korang tak tau apa berlaku sebab dalam penceritaan aku aku lebih berkonsepkan kiasan. Ber blog ni kalau terlalu celupar pun bahaya. Cukup korang tau kisah entry kali ni bertemakan khianat, dengki & percubaan seseorang untuk memporak perandakan hubungan orang lain.
Apapun aku harap what past is past.. amik yang jernih, yang keruh biar indah water settle kan. Pada mereka yang terlibat aku maafkan & aku pun minta maaf andai mata korang sakit mata lihat kebahagian aku sampai mencetuskan kontroversi yang paling hotfm camni. Selamat Tahun Baru Cina, Maaf Zahir Batin. Nite!
Tu dia 1 M'sia konsepnya
Nak tumpang ker??
Ada sihat ka lu punya hati?
Tu la menyelit lagi kan dah tersepit
Mulut longkang sapa nak cium pastu dengki lak
Dari ko dok khianat orang tak tentu pasal baik ko hafal rukun negara beb!
Uiks.. ko kata underwear ko cap paris hilton awat sama je ngan aku cap parit
Lagi baik ko pi sambung belajaq amik PHD yang ada konvo dari ko dok PHD yang tak tentu hala
Well.. Orang salah masuk penjara
Abang indah water U'r turn sebab I dah nak..
Tido
Subscribe to:
Posts (Atom)
BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT
Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah
* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.
Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017
Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com