CARA REPORT GOOGLE JIKA ENTRI DI COPY PASTE

8/11/2014 11:51:00 AM suria lekatlekit 12 Comments

Kang ada kata aku budget pakar tutorial pulak. Baru kena copy paste kecoh nak report bagai. Eh.. eh.. mesti la report. Setakat satu dua entri kena copy paste dalam 1 blog dengan backlink takde la aku nak kecoh tapi kalau dah siap buat auto post setting kat blog dia dengan entri aku.. dah macam aku pulak tukang dok update blog dia. Yelah tiap kali aku update entri baru mesti masuk blog dia tak perlu dia terhegeh2 nak copy & paste. Set je auto post dari blog orang duduk makan kuaci dah nama blogger.

Jika korang mengalami masalah dengan pencuri artikel korang tak kira satu atau dua atau lebih entri yang di curi, korang rasa tak puas hati. Nak maki pun admin blog tu tak layan. Ajak sembang dari hati ke hati pun admin tu buat tak tau jer.. Maka inilah penyelesaian paling terbaik iatu buat je google report. Sebelum ni aku pun tak tahu apatah lagi reti nak buat tapi sebab dah terhantuk maka aku pun terngadah. Cara nak buat google report sonang jo sebenarnya..

First step sila clik kat sini >> Legal Removal Requests

langkah kedua
 Langkah ke tiga

Langkah ke empat

 Korang just clik yang mana aku highlight dengan kotak warna merah je. Aku bagi step by step untuk memudahkan korang sebab aku memula pun pening jugak nak cari form nak isi tu. kekekeke

langkah seterusnya akan keluar satu form (borang) untuk di isi. Kalau tak reti nak isi borang tu korang boleh tengok tutorial dia kat blog ni >> Cara Membuat Report Pelanggaran Copyright Kepada Google (blogger / blogspot) << sebab aku pun belajar buat google report dari blog tu jugak jadi atas jasa baik dia aku share la tutorial dia kat sini. Kat blog dia, di jelaskan terperinci sikit. Korang boleh study

Aku tau entri ni akan auto post kat blog  Sesawang Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris yang takde kemaluan mencuri artikel2 dari blog orang dengan cara setting auto post kat blog dia. Kat sini yang mana admin blog2 yang kena curi entri dia oleh belohog boleh la buat report google dengan tutorial yang di beri. Pada admin belohog.. aku dah siap report just tunggu tindakkan jer.

P/S : terima kasih pada semua yang membantu saya membuat report terhadap belohog tu. Sangat2 saya hargai jasa semua. Tak sangka masih ada yang sudi membantu saya di kala kesempitan ini. kekekekeke 

12 comments:

  1. Bagus betul bila awak bagi cara macam mana nak report kat Google kalau ada orang copy paste entri kita. Tapi saya kasihan dengan awak. Sebab ada seorang mangkuk ayun awak yang jadi susah. Sabar ea. Ujian Allah ni.

    ReplyDelete
  2. hadoi kan. kalau nak copy paste pun amik skit2 dah la, and bagi kredit dekat owner asal. dah amik sebjik2 pulak ni dah jadi pencuri

    ReplyDelete
  3. Ooo ada cara rupanya. Tq suria. Cuma xde kot mangkuk nk copy entri akk

    ReplyDelete
  4. Tips yg baik ni sis.. Tqvm..

    ReplyDelete
  5. Tips yg baik ni sis.. Tqvm..

    ReplyDelete
  6. CN pn kena gak,terima kasih untuk tips ni

    ReplyDelete
  7. saya pun kena gak lah ... more than 100 entry mangkuk ayun tu copies. rasanya auto copy. tapi mana link nak isi form yer? mohon bagi tutorial. tq

    ReplyDelete
  8. Mcm mne nk tau blog kita di copy paste?

    ReplyDelete
  9. TERIMA KASIH AKAK KONGSI ENTRI NIE....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com