17 April 2011

SAMPAI BILA NAK BERGANTUNG DENGAN BLOGGER OTAI, POPULAR & FAMOUS??

Tertarik dengan isu yang di tulis oleh Nyah Zulfikar sahabat blogger yang mak.. Op's Sang Lekit kagumi maka sang lekit berminat nak buat kesinambungan entri beliau dengan memberi pendapat & pandangan peribadi Sang Lekit pula.

Sang Lekit berminat sekali nak menyentuh pasal blog yang banyak entri pasal segmen, GA & contest yang di sertai mereka. Tak di nafikan benda - benda tu membantu kita untuk memperkenalkan blog.. Umpama mencari tapak dalam dunia blog ni. Tak di nafikan segmen yang di anjurkan blogger2 otai, popular lagi famous ni membantu dari segi menjana traffic, follower sekaligus memperkenalkan blog kita pada blogger lain. Sang Lekit pun ada join.. Tu tak di nafikan. Terus terang tujuannya sekadar untuk mengambil kesempatan di atas kesempatan yang di ambil. Korang paham ker. Contoh macam ni.. Blogger otai/pemes/popular buat segmen.. Orang akan berpusu - pusu join, keuntungan dia juga dapat. So kita join walau tak sebanyak yang blogger otai/pemes/popular ni keuntungan yang kita dapat at least dapat juga. Memang untuk mencari tapak dalam dunia blog ni.. bagus join segmen2 yang membantu kita memperkenalkan blog.

Tetapi jangan la sebab terlalu kejar traffic, follower & mendapat tapak yang kukuh dalam dunia blog ni manjang update entri dengan segmen, GA & contest bagai ni. Asal clik blog dia jer.. segmen, GA & contest. Sebenarnya apa korang nak sampaikan dalam blog tu? Apa motif korang berblog. Sekadar nak popular? Nak glamour?? Nak keluar majalah? Nak duit?? Blog - blog macam tu dah macam takde arah tuju. Kalaupun nak popular & di kenali melalui blog cari kekuatan sendiri. Sampai bila nak menumpang & menenggek dengan segmen, GA & contest bagai ni?? Bila kita dah ada tapak pandai2 la gunakan apa yang ada untuk kukuh kan nya.

Jemu tau... asal clik blog sipolan tu.. segmen, GA & contest. Nak baca mendanya. Takde isu langsung. Takde motif & takde something yang menarik. Tengok traffic sesak.. Tapi tengok entri 0. Takde pengisian. Macam Nyah Zulfikar cakap kalau tengok tv.. iklan manjang korang akan stay ke dengan channel yang iklan jer 24 jam?? Takkan?? Macam tu juga blog. Kalau asyik benda yang sama korang update cuma lain penaja & tajuknya jer.. Sapa la nak stay dengan blog korang tu.

So, pada korang yang berblog kerana nak duit,popular & terkenal semata - mata rasanya lebih baik korang cuba bidang lain la. Tak guna la buang masa berblog dengan gaya & cara macam tu sebabnya.. Blog & korang takkan kemana sebab apa yang korang buat takde kekuatan & pengisian langsung. Atau lebih senang cakap... Itulah blog sampah. Sampah pun ada value kalau something boleh di kitar semula tapi kalau spesis2 blog camtu.. Kena ada kesedaran dulu baru boleh kitar semula untuk di jadikan produk berkualiti.

Entri ni cuma pandangan peribadi tidak merujuk kepada mana2 blogger atau individu. Bagi yang terasa hati.. Belek2 blog korang yer sebab takkan tempias terkena pada orang yang takde kena mengena. Apapun Sang Lekit tidak berniat nak menjatuhkan atau mendajalkan mana2 pihak. Sekadar memberi pandangan peribadi. Blog Lekit pun tak sehebat mana.. Tapi sentiasa la cuba yang terbaik dari masa ke semasa.

P/s : Pesanan Melekit. Apapun yang kita buat biarlah berpada - pada.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

25 Komen Melekat:

Unknown said...

sokong kak lekit.. eheh..kak pulak skang ni.. haha

jack said...

Betul tu..Blogger patut cuba naik dengan kekuatan entri dia sendiri..hasil idea dia..Berblog untuk duit pun perlu entri yang menarik..dan mampu tarik pengunjung..kan?

sarah mohamad said...

saya setuju dengan entry ni. bagi saya tak salah nak join segmen/ga/contest sekali pun. tapi kena lah ada jugak entry dari pihak owner sendiri. yang ga/contest apa tuu selingan aje lah.

Anonymous said...

setuju3...join tu x salah tapi jgn sampai blog tu hanya penuh dgn contest dan GA2..entry yg dapat bg info pada blogger lain pon perlu ade..:)

p/s:sy pon sedang berusaha ke arah tu..:)

Unknown said...

setuju!!!, good say...pendapat yang bagus.. Thumbs up!!!.. nanti mak belikan gaun pregnen kat ko ye Nyah lekit.. boleh melaram sambil memboyot... :) :)

p/s gip me pai!!!

SyerAgh said...

ya stuju.. kdg2 aku meluat tgk entry bersama tut2~~ skali skala xpe.. nie..adeh~

zacky786 said...

btol la kak :)

Ben Ashaari said...

yup ..setuju .. cam ben buat segmen adalah bertujuan entri selingan .. blogger kena bijak curi pembaca dengan entrinya tersendiri ketika ramai pembaca/ blogger sedang berkunjung ke blognya ketika segmen dijalankan... itulah tujuan utama segmen .. Promosi + entri.. baru boleh berjaya pikat pembaca .. insyaAllah ..

Unknown said...

aku takkan join segmen ... tmbah2 blog yg dah kaya tu .. huhu

Miecyber said...

Melekit dan panass....

6 Bom Tangan di temui di Brickfields

misz myza said...

erkk.. kita sekarang dh jarang nak join segmen2 or GA.. sbb tiada kesempatan.. ape2 pn, ade betul nye ape yg awk ckp tu.. rajin2 la hasilkan penulisan sendiri..tak kisah la berinformasi ke x.. jnji terhibur!! heheehehehe

☾SHiemaCMa786☾ said...

setuju ngan abby..!

Unknown said...

x minat langsung join benda alah nih...

Shahada Fauzi said...

setuju yg amat la dengan pendapat lekit..saye pun kadang2 jemu nak masuk belog yg asyik cakap pasal segmen la, GA la, contest la..macam dah takde benda lain nak cerita..uhuhu..

Shahada Fauzi said...

setuju yg amat la dengan pendapat lekit..saye pun kadang2 jemu nak masuk belog yg asyik cakap pasal segmen la, GA la, contest la..macam dah takde benda lain nak cerita..uhuhu..

Unknown said...

betol... setuju... bagus2... menulis atas sebab minat... bile minat tak tensen untuk menulis... kalau menulis nak carik trafik dan follower... bile trafik n follower sikit, mule tensen... pastu hilang minat... hahaha....

mrs eyza said...

betul tue..kadang2 bila tengok jerrr entry pasal benda2 tue semua terus klik X...sebab tak der isi nak baca..

JunAina said...

setakat nie join GA dan contest ada tapi mengajurkan belum bersedia lagi kot...tak kiralah berapa follower @ traffic yang macam mana yang penting kepuasan menulis di blog!

Unknown said...

setuju . saye mmg tak follow blog yg hanye kejar traffic. dan saya tak bace pon . blogger biar ikhlas dan jujur. jadi la diri sendiri. kalo awk hebat org mesti minat. tak perlu gune org yg dah feymes utk naikkan blog :)

Cik Lily Putih said...

setuju dengan entry ni. bagus betul lah

Cik Bambam said...

phewittt~! ehehhe.. den pon join segmen kekadang.. kekadang nak gak entry luahan sendiri kan..heheheh..

GA n contest terus masuk dalam 2nd belog..ekekekek

Unknown said...

hmmmm memang tak dinafikan apa yang lu tulis ni memang betul. Blogging kena dari hati dan bukan semata2 kerana duit. Kenapa mesti ada blogger kasta? Otai ker tak yang ptg isi blog tu dan identiti blog tu bakal mengundang traffic.

gigiAriEma said...

betoi2...gigi sokong pe yg sis ckp..hehe..tp gigi pun tgh join skrg nih memandangkan gigi pun newbie lagi..huhu

Ct Arina said...

akibat terlalu ikut tips nk femes baru jd cenggitu.

izyan said...

oh...betol kate akak tu..GA,contest memanjang kat belog..penin..huhu...

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;