APA KES BLOGGER NAK SAMAN BLOGGER NI??

5/30/2013 09:20:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Gaduh dalam blog? Setakat gaduh2 manja.. perli sikit sikit dalam entri.. bagi hint2 je sapa yang di tuju tu perkara biasa jer. Tapi kalau gaduh sampai saman menyaman bagai camna pulak?? Dulu retis saman blogger.. ahli politik saman blogger.. menteri saman blogger kini Blogger saman blogger.

Dunia blog dah semakin mengganas.. Banyak la keja hakim. kena claim overtime la nak settle banyak kes. Kes jenayah berat pun melambak.. ni di campur kes saman menyaman di kalangan blogger pulak. Semakin manusia bijak pandai hidup di zaman teknologi mesti hakim pun rasa bertuah hidup di zaman sebelum kewujudan computer, kurang la sikit bebanan kerja, ye dak??

Gambar sekadar hiasan ehsan google

Bukan la sibuk sampai nak selak dalam kain orang.. tapi sekadar ambil tahu isu2 semasa dalam dunia blog untuk di jadikan perisai. Ada la terbaca kes blogger nak saman blogger. Saman malu gamaknya.. kisah aib mengaibkan la ni. Dari kawan jadi lawan.. sebab tu banyak sangat entri dalam blog melekit ni bila kita baik dengan seseorang kawan tak kira dari mana kita kenal.. hadkan apa yang nak kita share. Bila jadi benda2 macam ni.. siapa salah?? salah siapa?? Kita cari pun dah tak guna.

Dalam berblog ni.. bukan kata blog melekit ni suci murni sangat.. tapi berhati2 dalam segala isu kita nak komen.. gambar yang mengaibkan kita nak letak dalam blog semata2 nak puaskan hati sendiri atau menyakiti hati pihak lain mahupun nak membuktikan sesuatu pada umum. Kalau apa yang kita nak share tu aib dia terlampau effect pada kehidupan seharian dia sampai melibatkan maruah & harga diri seseorang, fikir 5 juta kali dulu nak share. Kalau nak share sangat blurr la kat mana2 part yang harus di kaburkan & jangan dedahkan identiti orang tu. Jangan sampai langgar hak asasi orang lain. Bila baca kes blogger nak saman blogger sipolan tu.. seram jugak la. Yelah.. den pun manusia kang tersilap lancang kuning ada orang nak saman den pulak mana den nak cekau duit upah lawyer. Den bukan kaya raya.. nak shopping kat kasut kat Zalora pun tak mampu sebab takde size.. kekekeke ni kan nak upah lawyer bagai.

Dari kes hamba2 Allah tu jadi pengajaran jugak kat sang lekit.. pertama, harus jangan terlalu percaya pada sesiapa, kedua.. berhati2 dalam menulis blog.. ketiga.. berhati hati kalau nak share gambar, cerita atau apa2 saja dalam blog. Kita tak tahu pembaca kita siapa.. memang ada yang suka dan kita tak boleh yakin yang baca blog kita semua yang suka kita jer.. Yang tak suka pun ramai jugak yang baca sebab nak cari apa yang boleh dorang guna untuk jatuhkan kita. Sama la macam kat laman sosial FB, twitter,instagram bagai tu.. yang follow kita tak semestinya orang2 yang berniat baik jer. sekadar berkongsi peringatan dengan semua.

p/s : Dalam berblog ni kita tak boleh tacing sangat.. Juga tak boleh terlampau berani & tak boleh juga terlampau penakut. Kita kena berpada pada.. Outspoken tak salah dalam berblog tapi jangan sampai melampaui batas.

12 comments:

  1. etika menjadi seorang blogger,kena tahu tu... nak terasa lebih baik tutup blog je senang, aihhh..pepelik jugak sekarang ni T_T

    ReplyDelete
  2. salam sis semakin cantik header..hurm hanya mampu geleng kepala tengok kerenah blogger..

    ReplyDelete
  3. ada juga yg sengaja cipta kontroversi
    suapaya blog dilawati ramai bila masuk paper
    haiss...babap kang

    ReplyDelete
  4. Saman menyaman, senang tak payah cerita pasal orang dalam blog...

    ReplyDelete
  5. Takyah citer pasal orang kan senang... hehehe

    ReplyDelete
  6. dalam hidup mana ada orang cakap pasal pokok jer.. mesti la cakap pasal orang. kadang2 kisah org lain tu untuk jadi teladan peringatan.. dalam semua penulisan memang tak boleh terlepas dari cakap pasal orang :D

    ReplyDelete
  7. salam..
    macam2 eh.. apa2 pun bersederhanalah dalam apapun..

    ReplyDelete
  8. Salam Mummy Lala...
    huhu..terkujat jgk baca isu tu kat paper..
    nasib baik blog den bersih.. harap bersih la sampai bila2..

    huhu..yeap! peace no war bebeh.. :p

    ReplyDelete
  9. payah jugakkan..aish lg senang update pasal personal life jer..org nk baca tak nak sudah

    ReplyDelete
  10. rara cite pasal anak je.so xde sape nk saman.ehehehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com