BILA BOMOH DAH MARAH MENTERI PUN NAK DI LEMPANG

3/14/2014 03:41:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Dalam orang masih kelam kabut mencari pesawat MH370 yang masih menjadi misteri kehilangan masih ada golongan2 ternama ni nak berbalah. Yang salah tu tetap la salah.. Sungguh mentaliti yang membezakan seorang manusia dengan manusia lain.

Aku tak tahu sama ada nak gelak atau nak marah kat Raja Bomoh ni.. Yer.. pakcik orang tua. Kami faham. Nak tegur orang tua ni bukan senang. Silap tegur di katakan biadap.. Tapi orang tua pun bukan tak buat silap. Walau tua tetap manusia.. ye dak??

Mahaguru Datuk Ibrahim Mat Zin (Raja bomoh)

Aku tak sure sangat statement menteri belia & sukan yang buat Raja Bomoh ni marah sangat tapi statement paling nak tergelak bila raja bomoh ni kata nak lempang menteri belia & sukan tu macam dia lempang buaya. Marah sungguh pakcik Noh... Tapi maaf la pakcik bomoh bila den dengar pakcik cakap ni macam riak sikit. Pengikut berjuta2 tu... kekekeke

Boleh tengok video ni.Marah betul pakcik bomoh yer

Takpe pakcik bomoh.. kalau pakcik bomoh yakin pakcik bomoh tak melakukan sebarang kesalahan yang melanggar hukum & akidah Islam.. Tak payah marah marah. Kalau depa tangkap pun tapi takde bukti tak boleh jugak dakwa & di sabitkan kesalahan. Tapi yelah.. kami rasa macam pelik jer ritual pakcik bomoh buat untuk membantu mengesan pesawat MH370 yang masih menjadi misteri kehilangannya tu. Kaedah Islam kami tak pernah jumpa lagi ritual2 macam tu.

Semua orang prihatin atas kehilangan misteri Mh370.. semua orang cuba membantu. Ikhtiarlah dengan apa cara sekalipun walau dengan cara spiritual selagi ianya tidak melanggar syariat Islam. Sesungguh ilmu Allah ni banyak cabangnya & banyak juga fungsinya tidak hanya untuk satu perkara tapi untuk semua masalah yang ada kat dunia. Kita yang takde kudrat atau kepakaran lain untuk membantu.. teruskan berdoa. Kuasa doa juga hebat, Insya Allah.

Moga misteri kehilangan pesawat MH370 bersama anak kapal & penumpang terungkai. Semoga Allah bersimpati dengan rayuan doa2 kita. Semoga Allah beri petunjuk untuk menjadi laluan para penyelamat menjejaki semua mangsa. Amin.. Terus berdoa jangan putus harapan selagi harapan masih ada.

7 comments:

  1. sengal la pakcik ni...Kan sedap minum air kelapa tu dari buat baling-baling..hehee
    apapun orang islam jangan mudah terpesong dari landasan
    #prayformh370

    ReplyDelete
  2. Heheh..
    Bula dh anggap diri sendiri hebat.
    Inilah jadinya.
    Ada pulak parodi vdeo ni nnti.

    ReplyDelete
  3. sudah2lah tu pakcik..
    cukuplah ritual yang dibuat 'ditiru' oleh org luar.. jangan tambahkan lagi dengan kisah baru..

    Ada orang provok pakcik ni agaknya tu yang sampai keluar statement tampar buayanya itu..

    ReplyDelete
  4. adeh, memula dulu saya pecah juga perut dok ketawa
    siap ada yang buat parodi lagi
    tapi bila difikirkan balik, ianya memberi imej tak elok pada malaysia
    paling penting pada agama islam tu sendiri

    kan opis pun saya jenuh nak explain pasal ni

    ReplyDelete
  5. KJ cakap beliau ini nak tampar KJ mcm kokedai..hehehe..macam2 betoi..aduhaiiii..



    ReplyDelete
  6. Buat malu msia jer tok bomoh ni.

    ReplyDelete
  7. salam mami lala..
    aduhai..
    no komen.. jap lagi cma pulak dibaling kelapa.. ehehe :D

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com