MH370, HARI KELAPAN YANG MENDEBARKAN

3/15/2014 01:33:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

Dihari kelapan ni aku macam dah hilang kata2 nak mencoret tentang misteri kehilangan pesawat MH370 sejak sabtu lalu. Sabtu bertemu sabtu.. namun usaha menjejaki masih buntu. Tanpa ada sebarang pentunjuk yang membantu. Sungguh misteri Tuhan yang satu ni sukar kita rungkaikan.

Yang aku lihat.. Manusia semasa manusia semakin berbalah. Sebab..masing2 ada pendirian, pendapat & andaian yang bercanggah sesama sendiri. Yang pasti apa juga spekulasi & andaian yang ada cuma sebuah kenyataan kehilangan.. Kita kena hadap spekulasi kekal spekulasi.. Mereka disana masih tak pasti hidup atau mati.


Pada mereka yang terus menerus mereka spekulasi & berita2 palsu atau menyebarkan.. kasihanilah keluarga mangsa. Kenyataan ahli keluarga yang masih hilang tak tahu hidup & mati tu pun dah cukup memeritkan apatah lagi membaca, melihat atau mendengar khabar2 palsu yang menakutkan sudah pasti menambah derita di hati mereka. Nak2 lagi ada yang berani sebarkan rakaman suara konon reaksi pasukan penyelamat yang sebak & gementar menemui mayat2 mangsa.. Tergamaknya kamu, kan?? -sumber berita harian metro-

Selain doa.. aku cuma mampu coretkan isi hati dengan puisi.. Moga ada keajaiban di hari kelapan ni.

Ya Allah kau lebih mengetahui segalanya.. Pada kami yang leka, bagai di sentap dengan peristiwa ini. Moga kau bukan jalan kepada pasukan penyelamat menemui semua mangsa.. Harapan kami semoga semuanya selamat, Namun kami berserah pada Mu, kerana kau lebih mengetahui yang terbaik buat hamba Mu. Moga doa ku yang satu antara beribu ini kau makbulkan..

HARI KELAPAN YANG MENDEBARKAN
Hari kelapan
Terus menjadi debaran
Menanti perkhabaran
Hari kelapan
Kami semakin redha
Namun tidak putus doa
Hari kelapan
Kami tetap menunggu
Apa juga khabar mu
Hari kelapan
Kami harap ada kejaiban Kurniaan Tuhan
Agar kita bertemu biar dalam bisu
Hari kelapan
Bukan hari putus harapan
Hari yang kami lalui
Dengan usaha,doa & tawakal
Seperti hari2 sebelum kelapan
Yang kami nantikan
Hari kelapan
Jangan ada kehampaan
Moga ada perkhabaran
Moga Tuhan makbulkan
Doa berjuta Insan
Hari kelapan masih mendebarkan.... 

1 comment:

  1. salam mami lala..

    semoga keluarga mereka yg terlibat tu kuatkan semangat dan bersabar..
    sedih :'(

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com