BUKAN CHE TA JER AKU DULU PUN MAKE UP JUGA SEBELUM BERSALIN

11/05/2014 03:09:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Kecoh la la bila che ta (Rozita Che Wan) mendedahkan rahsia wajah dia tetap berseri lepas bersalin. Kalau orang lain tu.. lepas bersalin muka pucat jer.. yelah.. darah banyak keluar kan lepas tu proses bersalin tu guna banyak tenaga so muka lepas bersalin dah tentu nampak letih,sakit & pucat sikit. Che ta tak hipokrit la dia ngaku dia make up.. Ramai pulak dok hentam katanya bersalin pun nak make up jugak. Esok2 nak mati pun bersolek dulu.

Tak payah nak tunggu che ta buat pengakuan tengak kening pun dah tau make up

Sampai macam tu hangpa.. Bersalin ja kot yang sampai mati bagai tu dah kenapa. Bila aku tengok jadi isu besar sangat che ta make up sebelum bersalin teringat pulak kenangan aku nak melahirkan anak, aku pun sempat jugak la touch up muka even tak heavy pakai jugak bedak, eyeliner & lipgloss sebelum ke hospital. Kalau time tu aku dah rasa contraction maybe aku pun dah tak fikir muka serabai ke hapa nak ke hospital tapi time air ketuban pecah serius memang aku tak rasa apa2 sakit malah aku sendiri pun tak pasti time tu air apa yang turun sampai aku refer dengan sorang kakak angkat @ kawan baik aku kat sabah dia yang suruh aku siap2 pergi hospital. Katanya dah nak bersalin. Maka barulah aku siap2 lepas tu kejut laki aku ajak pergi hospital.

Time nak pergi hospital baru rasa sakit.. sakit yang aku tak dapat la nak cerita. Sakit sapa kata tak sakit even sekejab pun. Pukul 8 gerak pergi hospital pukul 9.20 anak aku dah lahir. Kira tempoh sakit tu tak lama la. Sampai hospital duduk sekejab tak sempat tukar baju hospital apatah lagi cuci makeup dah kena masuk LR, tu yang lepas bersalin pun muka dengan makeup lagi sampai doktor pun usik aku pasal makeup.

Nasib baik aku bukan retis gamaknya kalau aku retis wartawan snap muka aku lepas beranak dengan make up bagai mesti aku kena kutuk kaw kaw punya padahal isu cuma bersolek ja. Apa beza kau bersolek nak pergi photoshoot atau keluar shopping dengan orang bersolek sebelum beranak? Kalau ko rasa tak salah kau bersolek untuk bergambar.. salah ke che ta bersolek sebelum bersalin sebab dia tau ramai yang nak amik gambar dia? Dah la.. bersolek je kot tu pun bukan heavy sangat.. kot2 la dia bersolek macam nak ke parti halloween yang tu maybe over la nak masuk LR.

5 comments:

  1. uhuhuh... over mulut orang ni sis...

    ReplyDelete
  2. sama cam isteri prince william dulu lah kan
    entah apa ke namanya, lupalah pula
    tapi saya puji dengan sikap che ta ni
    dia tak pernah lari dari kenyataan

    ReplyDelete
  3. Dia xsolek le solek ke tetap lawakan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk ada friend kat FB saya kata terserampak dgn che ta tak solek x de la lawa mcm kita selalu tgk kt tv tu.. nampak dah tua macam umur dia jer.. memang lain sgt bila dah make up

      Delete
  4. Normala la tu kann..nama pun retis gitu!hehee

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com