ORANG SUSAH HANYA MAMPU MAKAN AYAM BUKAN LAGI IKAN
Terbaca kat Harian Metro Online.. Luahan seorang makcik berumur 50 ni katanya kalau dulu beli bahan basah dia boleh tukar menu hari2 antara ayam & ikan tapi sekarang dia lebih banyak beli ayam berbanding ikan. Katanya ayam je murah.. ikan2 semua dah semakin mahal. So, rasa nak makan ikan selalu dah tak mampu. Betul jugak.. Aku pun terasa macam tu bila beli bahan basah. Beli ikan sardin 4 ekor haritu pun dah dekat RM5. Bayangkan la kalau orang yang keluarga besar. Mana cukup 4 ekor ikan.. ye dak.
Sumber Harian Metro |
sebagai penggemar ikan ni.. Memang agak terasa jugak dengan kenaikkan harga ikan. Macam mana la peniaga laksa nanti kan. Mesti harga laksa pun akan naik. Mujur aku suka masak laksa sendiri. Kalau sebungkus dah RM3.00 - RM3.50 dua bungkus RM6 - RM7 dah. Tapi kalau buat sendiri seperiuk sedang kat rumah aku ni guna 4 ekor ikan sardin size besar tu 2 hari boleh makan laksa. Modal mungkin dalam RM15 macam tu la. Tu anggaran kasar la. Kadang2 tak sampai pun.
Bagi penggemar ayam macam asben aku mungkin dia tak muak makan ayam tapi aku serius kadang2 naik loya tekak tengok ayam ni. Selera aku memang lebih kepada ikan berbanding seafood lain.
Apa nak di kata.. Zaman sekarang memang makan hati je tak kena bayar. Makan lain2 termasuk makan angin semua kena keluar budget. Sebab ikan dah mahal maka meh la kita beralih selera cuba masakan guna laici pulak. Apa.. Ingat laici tak boleh masak kari ke? Boleh ok.. Tak caya tengok kat sini >> 9 Resepi Pelik Guna Laici Dalam Masakan <<
Apapun kita kena syukur walau ikan dah mahal kita masih ada pilihan untuk beli makanan yang kita mampu. Perut masih kenyang & Malaysia masih aman walau banyak jenayah berlaku sana sini. Tak baik asyik merungut jer, kan?... hehehehe
betullah kan..nk beli ikan pun fikir byk kali..sekali sekala xpe la..
ReplyDeleteBetul tu sis. Terasa sgt da harga ikan naik. Biasa pergi pasar dan nak beli ikan.. bila tgk harga .. trs tk jd. Better beli ayam. Hurm. Tp syukurlahkan.
ReplyDeleteSaya jarang makan ikan, jadi tak tahu harga ikan di pasaran.. dengar kengkawan cerita je.. huhuhu..
ReplyDeleteakak pon tukar2 gak masak ikan dan ayam...tapi selalunye beli ikan yg jenis murah2 jelah...cam ikan kembong,cencaru sebab tongkol,tengiri semua tu akak tak makan...
ReplyDelete