TREND MENJENDULKAN DAHI SEDANG MELANDA

2/09/2016 10:14:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

TREND MENJENDULKAN DAHI SEDANG MELANDA. Yang aku faham.. Dahi jendul adalah orang yang mempunyai dahi yang luas. Aku antara manusia yang berdahi luas tapi dahi aku takde la membonjol walau keluasan dia agak lapang. Hahaha.. Dulu zaman rumaja cukup tak best la sebab kalau ikat rambut ketat2 nampak dahi luas.. Rasa macam cantik je orang berdahi sempit ni. Tak payah nak adjust rambut bagai..  Tak payah potong rambut depan bagi pendek nak cover dahi luas. Tapi kelebihan orang dahi luas ni aku rasa bab pakai tudung. Sebab nampak cantik kot pada pandangan mata aku.


Tapi ada jugak yang kata susah jugak nak cover dahi luas kalau pakai tudung jenis muncung ke depan. Kalau pakai jenis shawl yang rapat dengan muka tu senang la cover. Bagi aku tak payah fikir teruk2 sangat.. Asal tutup apa yang patut tutup sudah. Jendul tak jendul buat2 je macam tak nampak. hahahaha...

Tu dia.. ni la manusia pemilik dahi jendul yang selalu nak bagi dahi dia nampak sempit. Spek Beli kat Zalora tu. Besa la bila muka aku pun kids size,jangan tanya kenapa spek besaq hahaha

Tapi aku tak tau pulak sekarang trend dahi jendul. Katanya semua orang mengaku dahi jendul sampai pakai tudung pun tarik ke belakang sehingga menampakkan anak rambut. Punya nak menampakkan effect jendul tu. Lawak pulak aku dengar trend macam tu. Masalahnya aku sendiri tak tau wujud trend macam tu sekarang. Jendul pun jadi satu kebanggaan. Rasa macam banggang pulak. hahahaha. Aku yang jendul sejak azali ni rasa biasa jer.. hahaha. Tak tau la apa nak di banggakan dengan dahi jendul. Kot2 dahi luas tu boleh buat bercucuk tanam ke.. untung la jugak. Ni yang dok membiak jerawat je nak buat apa. Bukan boleh tampi2 jadi beras pun jerawat tu. hahahaha

Tak boleh hadam la trend2 sekarang ni. Almaklum la... masuk zon makcik2 ni kan. Tak kuasa la nak kejar trend dahi jendul.. dahi sempit bagai. Makcik sibuk dok menghafal kosmetik je sekarang bagi menghiasi jendul2 di wajah katanya. hahaha

Dari hangpa dok pulun menjendul kan dahi sampai sanggup cukur anak rambut bagai ada lagi bagus hangpa buat benda ni. Dah masuk febuari 2016 wei.. Patut awal tahun korang dah kena start buat benda ni >> Adakah Anda Sudah Melakukan Perkara Ni Menjelang 2016? << Rugi beb kalau tak buat benda ni. Mungkin tahun depan korang dah tak sempat nak buat, siapa tahu.

Moral of the story.. Kejadian Allah tu adalah sebaik baiknya. Tak payah la nak ubah sangat semata mata nak ikut trend tak berfaedah. Jendul ke sempit ke bukan penentu masa depan anda.

4 comments:

  1. kikiki...trend gitu pon ada ye dik...kirenye akak ni mengikut trend semasa gak la ye...dari azali dah berdahi ala2 siti katenye...kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Mula mula tu mmg lh frush sbb dkt sklh rmai je kwn2 yg dhi jendul,bila pkai tudung tu tk delh mslhnye nk cover rmbut yg terjuntai kluar,klau yg mcm aku ni dhi smpit mmg kne asyik btul kn tudung je kjenye.kdg kdg tu kne trik ank tudung smpai kdpn.mmg nmpk brklh.tpi ape boleh buat.kne redhajelh

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com