MISTERI PALING TAK MASUK AKAL BERLAKU DI MALAYSIA
Antara Individu yang mengambil kesempatan atas misteri yang berlaku di Malaysia |
Tapi yang banyak hanya spekulasi sampah & penemuan2 yang konon ada kaitan dengan kehilangan tapi selepas siasatan di jalankan.. tetap tak menemui apa2 petunjuk & jawapan. Dah genap 2 tahun misteri kehilangan MH370 bersama beratus nyawa di dalam masih belum terbongkar. Betul2 tak logik trajedi ni bagi aku.. Macam tak logiknya 2.6 Billion di kembalikan pada penderma. Sungguh.. tiap kali terfikir pasal MH370 rasa macam di perbodohkan oleh orang2 tertentu tapi nak tuduh tak tau sapa. Nak2 lagi kita takde kepakaran pasal perkara tu. Jadi aku tak nak la jadi pakar spekulasi. Cuma.. apa yang berlaku terlalu mencurigakan.
Flight sebesar tu boleh hilang macam tu jer... Sampai cebisan pesawat pun tak jumpa. Sekarang dok siasat pasal cebisan apa ntah jumpa kat pulau reunion. Haritu pun jumpa.. alih2 tak ada apa2 yang berkaitan dengan MH370 pun. Kalau fikir memang sakit hati.. Tu kita yang tak ada ahli keluarga yang terlibat bagaimana mereka yang kehilangan anak,isteri,suami,ibu,ayah,adik,abang,kakak,sedara...??? Marah yang tak boleh nak lepaskan pada mereka yang bertanggungjawab terhadap kehilangan paling tak logik dalam sejarah.
Betapa banyak hati terluka dengan kejadian ni. Sampai mati pun ramai yang takkan berpuas hati. Bak kata orang.. kalau mati mana buktinya? Hidup atau mati.. tak ada bukti tapi kehilangan 2 tahun ni cukup menyakitkan hati. Sampai serpihan pesawat yang sebesar besar tu pun tak dapat jumpa. Takkan hancur lumat macam bawang kena blend kot sampai sebati terus dengan air laut...
Semoga Allah membongkar kebenaran tentang MH370... Misteri ini sangat menyakitkan perasaan ramai insan. Pun macam tu aktiviti pelancongan Malaysia ke china tidak terjejas dengan trajedi tersebut.. Mungkin depa takut nak naik MAS tapi masih ada pilihan dengan Air Asia. Nak2 lagi kalau offer semurah ni >> Harga Tiket Yang Anda Tidak Akan Percaya Untuk Terbang Ke Guangzhou dengan Air Asia << Sebab bagi yang yakin dengan Allah.. sememangnya mereka percaya hidup & mati Allah dah tulis dimana, bagaimana & bila. Tapi aku harap aku dapat mati kat tempat baik, pada waktu yang baik & hari yang baik.
Sama2 kita sedekahkan Alfatihah kepada semua penumpang & anak kapal MH370 yang beragama Islam.. Semoga misteri ni berjawapan & segala kemistikkan ini di rungkaikan.
Moga Allah beri petunjuk kebenaran...
ReplyDeletesukar terima dgn akal logika
ReplyDelete