NASI LEMAK ANAK DARA DALAM UCAPAN PEMBENTANGAN BUDGET 2017
Macam biasa la.. Budget bila tahun pun kakitangan awam je best dengar walau bonus depa still RM500 tapi tetap la ada jugak budget untuk kakitangan awam tu. Tu baru bonus.. belum lagi pinjaman perumahan la.. elaun bla.. bla.. beli pump susu, cuti anak sakit bla.. bla... cuti bergaji sambung belajar.. biasiswa.. bla.. bla.. pendek kata kalau kakitangan kerajaan ni walau tak sokong pemerintahan kerajaan sekarang pun tetap sedap jugak hati tu dengar kan berbanding yang kaki & tangan bukan kerajaan ni. Takat di sogok dengan BR1M, bantuan sekolah untuk pelajar miskin RM100.. apa lagi.. aku dah tak berapa ingat. Tu je la sebagai menjaga hati & menjaga undi katanya. hehehehe
Tapi aku sempat dengar tadi.. Bila dalam ucapan pembukaan tu Dato Seri Najib Tun Razak sempat sebut pasal Nasi lemak Anak dara. Untung la orang cantik ni kan.. Jual nasi lemak baru 2 bulan.. bukan je retis datang beli, sampai menteri turun padang tolong apply lesen untuk dia.. Tup tup Perdana Menteri pun sentuh pasal Nasi Lemak anak dara dalam ucapan pembentangan bajet 2017. tetiba rasa nak pakai SKII sampai lawa lepas tu nak jual nasi lemak jugak. Walaupun tak berapa dara sangat dah.. Tapi dengan ketinggian aku ni boleh kot menyamar anak dara jual nasi lemak. Mana tau Viral.. Untuk budget 2018 nanti kot2 la nama aku pulak di sebut sebut hahahaha.
Tapi ada satu insiden yang aku rasa kelakar jugak la bila wakil wakil dari pihak pembangkang tak puas hati dengan ucapan PM yang ada unsur provokasi.. Depa bangun bising2.. kemudian yang di pertua cakap kalau sapa nak keluar boleh keluar. Habis pakat keluar sampai lenggang jugak dewan tu. Tinggal sekerat dua jer.. Yang tinggal tu pepaham je siapa. hehehehe
Antara wajah wajah yang keluar dari dewan tadi |
Apapun kita hanya mampu dengar janji janji manisnya... Kos sara hidup tetap semakin tinggi sedangkan pendapatan tak berganjak. Kalau dulu tiap2 bulan merasa jugak makan pizza time gaji sekarang nak makan pizza pun tunggu ada offer jer . Yelah.. nak jimat belanja katanya.
Moral of the story.. Apapun syukurlah Malaysia masih aman & kita mampu cari makan kat negara sendiri walaupun kalau dulu dengan 1 kerja dah mampu survive sekarang 2 3 kerja pun kadang2 baru cukup makan.
Bila sebut bab penjawat awam... Tahu dh mesti akn kata macam-macam... Hmm...
ReplyDeletetakde siapa kata kat penjawat awam dalam entri ni.. yang di sentuh adalah kerajaan bukan penjawat awam. Kerajaan hanya bagi kelebihan kepada penjawat awam.. Bukan salahkan penjawat awam atau dengki dengan penjawat awam. Orang cakap pasal kerajaan bukan penjawat awam..
DeleteTu la.. yg pasti kos sara hidup..tanggung sendiri..
ReplyDeleteTu la.. yg pasti kos sara hidup samalah kita tanggung walau bandar atau kampung..
ReplyDelete