INI JAWAPAN NASI LEMAK ANAK DARA BILA DI DAKWA NASI LEMAK TAK LENGKAP & BERKUALITI
Tadi terbaca kat blog beautifulnara katanya ada seorang individu ni.. konon dah dedahkan nasi lemak anak dara yang sebenar. Tak cukup sifat. Nasi lemak ayam potong 24, timun, kacang telur rebus semua takde. Harga RM3.50. Dari cerita tu kononnya dia tempah untuk majlis bacaan yassin.. dah la nasi lemak tak cukup sifat, di kerah lagi orang tua umur 46 tahun panjat tingkat 5 ambil sendiri nasi lemak yang di tempah tu. Tapi selepas tersebar dakwaan tu dia tutup pulak account dia. Dah kenapa pulak akak Ooi.. Lari bersembunyi setelah buat tuduhan. Ada jugak yang menafikan bungkusan hidangan nasi lemak yang tersebar tu tak sama macam set nasi lemak anak dara.
Tak tahu sapa betul sapa salah tapi cara akak tu nampak sangat macam.. Something wrong somewhere. Aku nak sah kan betul ke tidak hidangan nasi lemak anak dara macam tu aku sendiri pun tak pernah beli nasi lemak dia. Betul ke tidak.. hurmm entah la.
Sebab nak kata salah pun tadi baca kat Fanpage Nasi lemak anak dara Official katanya hal tu dah di selesaikan. takde pulak statement menidakkan atau mengiyakan hidangan nasi lemak anak dara yang di tempah akak tu betul atau cuma tuduhan palsu. Tu pun krik.. krik.. jugak tu. Boleh jadi betul.. boleh jadi salah faham masa membuat tempahan. So, kat situ tak berapa jelas cuma kita tak payah buat spekulasi apa - apa. Kalau dah di selesaikan cara baik.. Kita harap semuanya jadi baik baik je la. kan
Cuma nak cakap kalau memang nasi lemak macam tu di sediakan oleh pihak Nasi lemak anak dara.. memang tak berapa patut. Nampak macam sekadar ada sambal & lauk jer. Kalau benda ni cuma salah faham dari pihak akak tu.. Hope jadikan pengajaran di lain masa. Berbincang secara tertutup dulu sebelum nak viral. Kesannya takut berbalik pada diri sendiri.
Apapun segala minyak kat Malaysia dah naik harga.. Gamaknya nasi lemak anak dara naik harga tak? Kalau nasi lemak anak dara naik harga maka jom la kita pi makan pizza. Sebab pizza jer ada buy 1 free 1 sekarang. Nasi lemak anak dara takde buy 1 free 1 ok. Tak caya jom tengok kat sini >> Jom tengok macam mana nak dapat Free Pizza dari Domino's <<
Moral of the story.. Walaupun aku ni di pandang jahat kat media sosial, tapi hati aku tak sejahat yang orang anggap tau. Aku cuma suka bercakap secara telus apa yang aku setuju & tak.. Aku tak suka sesuatu tak semestinya aku tak suka semuanya tentang sesuatu sampai nak mengiyakan fitnah yang tersebar sebab aku tak sukakan sesuatu atau seseorang. Dalam kes nasi lemak anak dara ni.. Aku nampak mungkin masalah ni berlaku sebab salah faham.. Cuma aku tak puas hati dia tak nak cakap nasi lemak tu nasi lemak anak dara ke tidak je. Ada sapa2 pernah beli nasi lemak anak dara boleh sahkan tak? hehehehe
P/S : Dari komen2 yang aku baca kat page Nasi Lemak Anak dara Official tu.. memberi hint memang nasi lemak yang tersebar itu yang di sediakan pihak nasi lemak anak dara. So..??? krik.. krik.. krikkk
Try la dulu baru beli banyak2. Ni semua pasal budget 2017 hihi
ReplyDeleteAkak tak pernah beli pun Ana..
ReplyDeleteWalaupun nasik lemak anak dara ni jual berdekatan dgn tempat tinggal akak di seksyen 7 shah alam..
Jadi tak tahu macam mana rupanya..
Macam tak ada hati jer nak membeli..
Walaupun viral beriye hihihihi..
Sy rasa nasik lemak para makcik2 kat tepi jalan/ gerai2 tu pun sama hebat juga. Siap ada berjenis jenis sambal lagi. Heheeee..
ReplyDeletesebab tu la anak dara kot, bajet nasi lemak gitu
ReplyDeleterezeki dye..pakej dengan keayuan dye, akademik dan yg penting wajah.
ReplyDeleteHarap-harap jangan la berniaga macam tu, kesian dekat customer. Isu pon dah setel walaupon kita tak hujung pangkal cerita. Hehe
ReplyDeleteKrikk krikkk.. kak Suria. Hehhe
ReplyDelete