GAMBAR FESYEN RAMBUT TERKINI DATIN SERI ROSMAH MANSOR
Besa la wanita pertama katanya.. Mesti la apa dia pakai, rambut dia macam mana menjadi perhatian ramai. Pagi sempat la siaran lansung sekitar Majlis Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V kat tv1. Ntah apa mimpi sejak dua menjak dapat pulak siaran tv1 kat rumah aku setelah sekian lama tak dapat siaran. Almaklum TV rumah kami tak pakai piring. Kami pakai antena ampai ja katanya hahahaha. Jadi alang2 TV1 tu boleh bagi kerjasama sekali sekala layan jugak la kan.
Dok tengok la segak2 belaka sultan & permaisuri dari serata negeri datang ke majlis tersebut. Tapi dalam banyak2 yang cantik - cantik tetap datin seri rosmah jugak menarik perhatian aku. Yelah.. Yang lain bagi aku biasa la depa memang dok cantik lagu tu ja.. Tapi Datin Rosmah cantik dia kat majlis tu tadi memang nampak lain. Dok cari jugak tang mana yang lain nya datin seri rosmah ni.. Belek punya belek rupanya rambut dia.. Dah tukar pesen katanya. No more pesen tipikal datin dulu2.. rambut kembang setaman katanya. Datin rosmah kembali dengan imej rambut baru yang lebih menguncup, lebih pendek & lebih kemas la dari pandangan mata aku. Ok la.. Better dari dulu. Kembang sangat.. Nampak garang cheq takut la. hehehehehe
Gambar DS Najib & DS Rosmah Bersama Yang Di Pertuan Agung. Rambut beliau dah pendek bukan sanggul belakang yer.. Kalau korang tengok siaran langsung tadi mungkin perasan |
Satgi ada pulak dok tuduh aku menganjing datin seri rosmah.. Sampai pulak surat saman kat rumah. Entri ni tak menganjing pun cuma tertarik dengan fesyen terkini rambut Datin Rosmah.. Biasa la depa kan public figure so mesti orang nak tahu setiap perkembangan depa. Tak kira la perkembangan size badan atau pun size rambut katanya. Hehehehe
Apapun Datin Seri Rosmah.. Komen Ikhlas rambut tu better la dari dulu. Hope tak kembali kepada rambut yang dulu tu. Semoga Datin Seri Rosmah terus bahagia di samping Dato Seri Najib Tun Razak. hehehehe
tak tengok sangat mak mah ni, sebab asyik tengok raja dan permaisuri2. paling gojes mestilah tuanku zara kan
ReplyDeleteLah, akak pun semalam tengok pertabalan YDPA sebab nak tengok permaisuri-permaisuri serata negeri tapi of courselah negeri sendiri didulukan. Ehem, ehem, ehem!
ReplyDeleteTak perasan pun Datin Rosmah berambut style baru. Ya ke dah pendek? Nampak macam sama aje, maklumlah tengok pun dengan mata rabun dan dari kejauhan, tak perasan sangatlah!