BUDAK LELAKI MELAYU 12 TAHUN BUNUH DIRI
Adik yang di temui mati tergantung di rumahnya.. bedah siasat di jalankan & tiada unsur jenayah. Di klasifikasikan sebagai mati mengejut & ahli keluarga dia pun katanya tak tahu apa masalah dia sehingga mengambil keputusan macam tu. Arwah ni.. di bela keluarga angkat sejak bayi. Masa kejadian mak angkat pergi kedai & dua kakaknya bekerja. Menurut cerita mak sedara dia.. sebelum dia di temui mati tergantung sempat la mak sedara dia jamu dia makan goreng pisang lepas tu dia kata nak mandi. Tapi sebab mak sedara dia rasa lama sangat dia mandi, hati mula tak sedap so dia pergi la pantau anak sedara dia.. Dari situ dia jumpa sekujur tubuh anak sedara dia yang dah kaku tergantung dengan wayar televisyen.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian jam 4.25 petang dan mayat mangsa yang ditemukan tergantung menggunakan tali kabel televisyen telah diturunkan oleh jiran mangsa sebaik pihaknya sampai di rumah berkenaan."Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah berhubung kematian mangsa. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), - Sumber Sinar Harian -
Sungguh.. Zaman dah berubah. Kalau zaman kita dulu 12 tahun masih fasa kanak kanak jugak. Tak banyak masalah nak fikir selain focus pada kelas tambahan sebab nak UPSR jer. Tapi budak2 sekarang sungguh terbeban macam2 dengan masalah.. Masalah silibus pelajaran yang semakin mencabar, masalah buli yang semakin extreme, masalah sosial di sekeliling jadi mungkin budak budak sekarang terpaksa menjadi lebih matang sebelum usia. Dan tak mustahil semua tu menjadi pendorong kepada tindakkan yang di luar kewarasan yang mereka boleh buat.
Cabaran membesarkan anak anak zaman sekarang memang dah tak sama. Kita dah tak boleh pratikkan cara yang sama mak bapak kita pratikkan dalam membesarkan kita. Kita dulu mungkin bebanan tanggungjawab seorang kanak kanak tak banyak macam kanak kanak zaman sekarang. Tengok kawan2 kat FB dok kongsi rutin harian anak depa pun aku rasa kesian. Dari pagi sampai petang dekat nak senja baru habis aktiviti melibatkan sekolah & kelas. Malam perlu siapkan kerja sekolah & time tu jugak untuk mengaji al Quran. Jangan tanya masa main.. Masa rehat depa pun sangat limited. Tak mustahil mungkin ada kanak kanak yang tak boleh nak pikul semua tu sebab mereka masih kanak kanak & mungkin ada kanak kanak boleh lagi penuhi tuntutan rutin macam tu.
Moral of the story.. Zaman kanak kanak sekarang lebih mencabar berbanding zaman kanak kanak kita dulu. Kita tak terbeban sangat dengan rutin persekolahan & aktiviti2 selepas habis sesi persekolahan jadi sangat penting untuk kita belajar mengawal emosi anak anak & emosi kita sendiri supaya anak2 tidak rasa tertekan & mengambil tindakkan di luar jangkaan kita.
Innalillah..minta jauh dari kita semua...
ReplyDeleteYa ke ni? Kasihannya alahai... Apa agaknya masalah budak ni sampai sanggup bunuh diri? Takut betullah baca kisah-kisah macam ni. Menjaga anak pada zaman sekarang ni memang lagi sukar berbanding dulu.
ReplyDeleteInnalillah..
ReplyDeleteAllahu kesiannya..
Apakah tindakan yg macam tu yg dia ambil..
Innalillawainailahirojiun... hidup anak2 sekarang banyak dengan tekanan...
ReplyDeletezaman skrg pelik2 berlaku...innalillah
ReplyDelete