NAK BULU ANDA TUMBUH PANJANG, TEBAL & LEBAT GUNA AURORA OIL 4 IN 1
Tapi ada bulu yang orang suka lebat, panjang & tebal.. Katanya untuk nampak lebih cantik, segak & bergaya.. Tapi bukan la bulu ketiak yer. Sapa yang suka simpan bulu ketiak sampai jadi belantara tu memang tak senonoh ok terutama perempuan la..
Tapi bulu lain selain bulu ketiak, bulu ehem.. hem.. & Bulu roma.. Orang suka lebat, panjang & tebal. Sapa pandai teka bulu apa? Ok.. ok.. sebab tak dengar apa hangpa jawab maka kami jawab sendiri la yer. Antara bulu yang orang suka lebat, panjang & tebal adalah bulu...
➠ rambut (sejenis bulu jugak ok)
➠ Jambang (Pun sejenis bulu)
➠ Misai (adik beradik jambang so keturunan bulu juga)
➠ Bulu kening (Nama pun bulu kening.. memang bulu la)
➠ Bulu mata (Kalau ada orang pertikaikan dia dari keluarga bulu.. memang berbulu jugak)
Ni antara bulu bulu yang orang suka panjang, lebat & tebal. Tapi setiap orang tu tak sama la keinginan dia.. ada suka Rambut lebat ada yang tidak, ada yang suka berjambang ada yang tidak, ada yang suka bermisai ada yang tidak, ada yang suka bulu kening tebal ada yang tidak & ada yang suka bulu mata panjang & lentik... ada yang tidak.
Tak kisah la hangpa suka yang mana nak di panjangkan, di tebalkan & di lebatkan.. Tapi kalau ada keinginan nak lebat, panjang & tebalkan mana2 bulu yang hangpa nak boleh guna satu produk ni.. Ops bukan minyak dagu. Minyak dagu untuk orang yang tak sedar diri. Spesis pinggan tak retak nasi tak dingin, orang tak hendak dia pulak teringin. Tu fungsi minyak dagu.. nak memikat cara sihir orang yang tak suka kat dia.
Tapi kalau nak lebatkan, tebalkan atau panjang bulu mata, bulu kening, jambang, misai, atau rambut tak payah guna minyak2 sihir ni. Apa barang beb pakai sihir.. tak urban la. Kita pakai minyak Aurora oil 4 in 1 ok. Kau hado? Kau takde takpe nanti kau boleh beli..
Ada orang jenis kening nipis.. Memang nampak macam tak ada kening. Kalau dia rajin makeup boleh la cover guna eyebrow tu.. Kalau yang malas maybe nampak macam burung hantu sikit la kan.. Sebab tak nampak kening. Why not try lebatkan kening guna Aurora Oil ni. Atau nak bulu mata panjang melentik lentok.. pakejkan sekali guna kat bulu mata.
Lelaki.. kadang2 dia rasa tak lelaki bila tak ada misai & jambang. Pernah baca tak isu seorang maknyah yang kembali Nyah sebab orang pertikai dia tak tumbuh misai atau jambang. Muka licin tak berbulu macam perempuan. Jangan ingat tidak berbulu tidak menjadi masalah pada lelaki.. Ada lelaki rasa down sebab tak berbulu kat bahagian muka. Jangan nangis dalam selimut bang.. Try la guna Aurora Oil.. mana tau tetiba nampak macam Hero Tamil kan? Macho bergaya macam wak doyok. hehehehe
Dok pung pang pung pang organik bagai.. ntah ntah letak minyak tanah ke hapa tak tau. tak baik pitnah tau.. Aurora Oil ni menggunakan bahan bahan seperti
Jadi pada manusia manusia yang ada masalah bulu.. Boleh ikhtiar dengan Aurora Oil ni. Kena ingat untuk dapat kesan di ingini kena guna secara consistent yer... Setakat kau renjis renjis sebulan sekali kau tunggu 10 tahun lagi la nampak kesannya hehehehe
wah menarik ni..nk lebatkan bulu mata lah
ReplyDelete