MANDI AIR SIRAP UNTUK SEMBUHKAN KUNING BAYI ANTARA MITOS & KEBETULAN

10/06/2017 11:02:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

MANDI AIR SIRAP UNTUK SEMBUHKAN KUNING BAYI ANTARA MITOS & KEBETULAN. Semalam ada terbaca posting yang di share kawan kawan kat facebook tentang petua mandikan bayi baru lahir dengan air sirap untuk sembuhkan jaundis @ demam kuning. Serius cheq first time dengaq petua ni..


Ceritanya seorang mak budak yang mandi air sirap ni.. Anak dia baru lahir kena  prolog jaundis. Dekat sebulan katanya.. Kat ward biasa la kena tidur bawah lampu biru.. tiap2 hari kena cucuk ambil darah. Anak saya dulu pun kena kuning & warded jugak 4 hari. Sama je kena tidur bawah lampu & ambil darah setiap hari.

tetiba ada yang bagi dia petua mandikan anak dengan air sirap. Contoh jenama sirap yang dia attach tu nampak sirap rose. Selepas 3 hari berturut turut anak dia di mandikan dengan air sirap, dengan kuasa Allah sembuh la demam kuning. Alhamdulillah.

Maka si ibu pun gembira la.. Dan rasa mungkin sirap tu ada khasiat menyembuhkan demam kuning ni dia pun kongsi la petua ni dengan orang lain. Biasa la media sosial yang pelik & rare tu memang mudah jadi viral. Berpusu pusu la manusia share.

Tapi sejauh mana air sirap membantu menyembuhkan demam kuning & jaundis & apa alasan sirap itu boleh menyembuhkan demam kuning dari segi perubatan moden atau tradisional tak pulak di nyatakan buktinya. Betul ke sirap boleh sembuhkan jaundis atau cuma kebetulan sembuh selepas 3 hari mandikan air sirap? Mungkin memang jaundis budak tu dah nak hilang kot.. tetiba mak dia mandikan dengan sirap bila hilang terus sirap dapat nama. hehehe

Dari pengalaman sendiri.. Menurut doktor la kan. Jaundis ni tak ada ubat cuma doktor suggest banyakkan menyusu badan & akan keluar melalu najis. Itulah yang saya buat even mak saya ada ikhtiar cara kampung mandikan air daun kucai bagai. Jemur2 kat panas pagi pun saya tak buat sebab nurse ada cakap.. persekitaran sekarang dah tak bersih. Mungkin di kampung atau zaman dulu cara tu boleh guna pakai sebab persekitaran belum tercemar tapi bila kita kat kawasan bandar.. tak suggest lah untuk di pratikkan petua lama tu. Saya ikut je la sebab kita takde pengalaman kan? Akhirnya jaundis anak saya hilang jugak.

Bab air sirap ni.. Kalau tak ada alasan berhati hati la untuk share. Apapun dalam dunia terjadi dengan sebab.. Kita kena bagitau kenapa sirap boleh sembuhkan jaundis.. Sebab dia warna merah ke boleh hilangkan kuning? Kan merah lagi garang dari kuning? Tu sebagai contoh.

Bukan apa takut benda ni cuma satu kebetulan berlaku tapi bila di sebarkan tanpa kajian & usul periksa menjadi mitos & kepercayaan turun temurun pulak padahal benda tu sebenarnya tak ada apa apa fungsi untuk sesuatu masalah atau penyakit. Tapi atas dasar kepercayaan & keyakinan kita benda tu menyembuhkan.. Kita tertipu pulak. tertipu je ok la.. Kalau sesuatu tu boleh mendatangkan kemudaratan lagi bahaya.

Apapun saya nak try la tanya doktor kot2 doktor ada jawapan kenapa sirap boleh menjadi penyembuh pada jaundis ni.. Maybe ada alasan dari sudut sains perubatan kan? Kalau kerana warnanya merah.. Saya rasa better tambah susu jadi sirap bandung. Susu kan baik untuk kecantikkan kulit.. manatau kulit baby kita jadi pinkish macam sirap bandung kan... hehehehe

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com