SEBELUM MEMBELI APA2 PRODUK KOSMETIK/SKINCARE PASTIKAN SEMAK SEMUA LABEL INI TERLEBIH DAHULU
Sebab tu sebagai pengguna kita kena lebih alert sebelum menggunakan sebarang produk kosmetik/skincare ni. Pengeluar produk sekarang kebanyakkan tak jujur.. Banyak misteri yang di sembunyikan untuk menjaga kepentingan sendiri. Jadi hari ni saya nak share tips sebelum membeli sebarang produk kosmetik/skincare. Apa yang perlu kita pantau.. Untuk menjamin hak kita nanti lebih terbela sekiranya berlaku apa apa kemudaratan melibatkan produk yang kita guna.
Sebelum membeli apa - apa produk sila semak label label ini terlebih dahulu. Pastikan semua label yang tersenarai di bawah ada pada kotak atau packaging produk
1. Semak Label produk & pastikan ada 2 perkara ni:
☝. Nama produk dan fungsinya.
✌. Cara penggunaan produk.
2. Senarai lengkap bahan atau kandungan produk. Nama bahan diisyhtiharkan mengikut turutan peratus tertinggi kepada peratus terendah. Pewangi boleh dilabelkan sebagai perfume, fragrance, aroma atau flavour. Pewarna boleh diletakkan pada bahagian terakhir selepas semua bahan.
3. Untuk kosmetik 'decorative' yang mengandungi beberapa tona warna, semua pewarna yang terlibat disenaraikan dengan menambah frasa 'mungkin mengandungi':
4. Penamaan bahan mestilah menggunakan sistem penamaan terkini daripada ;
⇴ Pharmacopoeias (e.g. British Pharmacopeia (BP), United States Pharmacopeia (USP)).
⇴ Chemical Abstract Services.
5. Nama botani atau ekstrak botani mestilah diletakkan genus atau species. Genus boleh diringkaskan.
6. Negara pengilang.
7. Nama dan alamat CNH (Cosmetic Notification Holder). Nombor CNH yang sah untuk dihubungi.
8. Bahan yang disenaraikan dalam unit berat atau isipadu mestilah menggunakan sistem metrik atau metrik & imperial.
9. Batch number pengeluaran.
10. Mesti memaparkan tarikh pembuatan (manufacturing date) atau tarikh luput (expiry date).
11. Langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku sesuatu semasa atau selepas menggunakan produk.
12. Pengisytiharan kehadiran sumber haiwan.
Rujukan:
http://npra.moh.gov.my/…/Annex_I_part_7-COSMETIC_LABELING_R
Kamu semua kalau beli produk kosmetik, tak kisahlah dari drugstore atau online, harap dapat gunakan mata nan indah untuk periksa label. Pastikan ada semua yang disenaraikan. Kalau beli online, pastikan minta penjual tunjukkan semua label. Kalau penjual tak nak tunjuk, tak payah beli. Heheheh - Pesanan Dari WatchTower Syndicate
tips yang bagus. sha kalau nak beli skincare beli yang untuk jenis kulit muka sha je, dan sebelum tu baca -ve +ve feedback dulu
ReplyDeletenice share kak..skrg ni beli mmg chck label bhn kimia die kt blkg..kalau ada paraben mmg reject trus..
ReplyDeletesaya sangat setuju... sekarang terlalu banyak lambakan produk yang tidak berkualiti dan mementingkan keuntungan semata-mata.
ReplyDeletealhamdulillah tak perlu nak risau bab shaklee. info ni sangat berguna
ReplyDeleteProduk local sy pakai cleanser je..krim mmg xberani.. bukan x yakin tp berbeza bila dah biasa pakai SKII.. biarla mahal asal selamat n terjamin kualiti..
ReplyDeletetq kongsi kak
ReplyDeleteGood. Info kak
ReplyDeleteTq sharing😘
ReplyDelete