25 March 2011 14 Komen Melekat

TUDUNG DATO SITI DI KUTUK KETIKA BUAT PERSEMBAHAN SECARA LIVE DI TV

Tak tau la sang lekit nak kategori ni kes ni kutuk secara berdepan atau kutuk belakang empunya diri kat depan terdengar pulak. Tapi sebagai publick figure macam Dato Siti ni dari hujung kaki hingga hujung rambut memang menjadi perhatian & penilaian masyarakat. Ramai memuji tak kurang mengeji tapi beliau dah memilih bidang macam tu terpaksa terima pahit manisnya, kan?

Alkisahnya.. Sedang Dato Siti membuat persembahan di atas pentas dalam program siaran langsung Adik Adikku di RTM, Selasa lalu tetiba satu suara wanita dari belakang pentas kedengaran mengkritik imej tudungnya. Walaupun riak wajahnya sedikit berubah, Siti tetap meneruskan persembahan seperti biasa. Dato Siti memilih untuk memakai tudung lengkap pada malam itu. Pada malam itu, bukan hanya kakitangan RTM berada di belakang pentas, tetapi ramai termasuk peminat. Tidak tahu siapa yang bercakap.

Sudahlah rancangan tu secara langsung, suara pengkritik misteri tu pula dengar sampai atas pentas. Mungkin penonton juga dapat dengar tapi tabik la Dato Siti yang memang profesional. Seperti biasa Dato Siti dengan sikapnya yang cool tidak melenting atau menghentam balik. Tak macam cikgu miming tu kan.. Op's!

Bak kata pepatah kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai.. Kalau rasa diri tak tahan di kritik, tak bijak untuk membalas kritikan jangan jadi publick figure.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

Rujukan : Sinar Harian

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;