Bila anak jahat, ibu bapa juga salah. Katanya salah ibu mengandung, salah ayah tak pakai kondom. Sedangkan.. Setiap ibubapa dalam dunia ni cuba memberi didikan yang terbaik & termampu pada anak - anak. Tak sampai hati pula sang lekit yang bakal bergelar ibu tak lama lagi ni nak sandarkan kesalahan anak tu pada bahu mak bapak. Sebab tu la sang lekit bila menulis entri bertema teguran pada blogger lain sebolehnya tak mahu libatkan mak bapak sesapa. Bukan salah ibu mengandung atau salah ayah tak pakai kondom sehingga melahirkan seoarang anak yang bila dewasa menconteng arang ke muka mak bapak.
Hasil carian google. Sekadar hiasan
Ni Kisah seorang ibu yang di malukan oleh penduduk kampung bila dua anak lelakinya di tuduh meniduri isteri orang. Bila si anak lari dari berdepan dengan kesalahannya orang kampung jadikan si ibu ni sebagai penganti untuk terima hukuman atas kesalahan anaknya. Si ibu di heret keluar dari rumah, seterusnya di bogelkan dan di arak ke seluruh kampung tanpa kerelaan di ibu ni. Dah la si ibu ni dapat malu dari perbuatan anak dia, di malukan lagi oleh penduduk kampung. Memang sangat - sangat menyentuh hati, kan??
Orang yang memperlakukan wanita tersebut sedemikian rupa memang jenis fikir guna kepala lutut. Kalau pun anak - anak dia yang bersalah, apa salah si ibu sampai di aibkan macam tu?? Mujur la benda ni tak berlaku kat negara kita, kalau tak confirm penduduk kampung tu akan di kecam hebat.
Rujukan :
Harian metro